Sila masuk

Wednesday, March 10, 2010

Membudayakan nilai-nilai murni- Gem

Barisan panelis dari kiri: Tan Sri Dato' Mohd Yusuf Hitam, Pak Wan Khair (Usm), Dr Azlinda (Usm), Ustaz Elyas Zakaria (Mainpp) dan Dr. Mohd Ghazali Abdul Ghaib (Presiden Gem)

Dr Azlinda Azman


Semalam aku sempat hadir ke Seminar Kebangsaan Ke-2 yang bertemakan "Kasih Sayang Antara Generasi Membanteras Penganiayaan Sesama Insan" yang dianjur oleh Persatuan Gerontologi Malaysia (GEM) dengan kerjasama JKM dan KPWM yang bertempaty di Hotel Cititel, Penang Road.

Suatu usaha murni yang dilakukan oleh GEM selepas kebelakangan ini masyarakat dihambat dengan pelbagai bentuk penganiayaan generasi tua kepada kanak-kanak. 3 pembentang telah dijemput hadir iaitu Dr. Azlinda Azman dari USm, En. Wan Khair Wan Chik seorang kaunselor dan Ustaz Elyas Zakaria dari MAIPP.

Pembentangan oleh Dr. Azlinda Azman amat menarik perhatianku kerana pembentangannya yang bersifat akademik dan problem solution. Tajuk kertas kerja ialah "Membudayakan nilai-nilai murni dan keutuhan keluarga".

Beberapa point yang ingin dikongsi disini ialah penekanan Dr. Azlinda kepada beberapa perkara

Pertamanya konsep nilai merujuk kepada pegangan individu akan sesuatu perkara mengikut pengalaman, pemahaman dan pemerhatian yang telah dilalui. Ini bermakna (sebagai contoh) individu yang tabiat dirinya ialah menghormati orang tua pasti ia membesar dalam persekitaran yang menitikberatkan sikap hormat-menghormati. Sebaliknya seseorang yang ringan mulutnya menuturkan kata-kata lucah, dalam tempoh tumbesarannya, telinganya selalu dihadapkan dengan ungkapan-ungkapan sedemikian oleh orang sekelilingnya.

Keduanya nilai yang dipegang individu selalunya diwarisi dan ditanam oleh ahli-ahli keluarga dan melalui persekitaran yang mempengaruhi kehidupan individu tersebut.
Ketiganya halatuju, pandangan dan kelakuan individu banyak bergantung kepada pegangan nilai tertentu. Oleh kerana pengaruh nilai yang kuat ini, maka penting individu diterapkan dengan nilai-nilai yang boleh meningkatkan lagi pengalaman yang lebih positif.
Kesimpulan ringkas yang ingin dinukilkan disini untuk membudayakan nilai-nilai murni perlu datang dari keluarga yang cemerlang, keluarga yang cemerlang pula pasti datang dari individu yang cemerlang, individu cemerlang pula dari keluarga cemerlang, keluarga cemerlang pula pulak dari individu cemerlang..hah..!! pi mai pi mai...bagaikan ayam dan telur..yang manakah jadi dulu..????

p/s: Kalau kita seorang yang bertanggungjawab pasti kita akan memecahkan kebuntuan kejadian ayam dan telur dan menjadi seorang revolusioner sekurang-kurangnya demi kebaikan zuriat kita sendiri. Sah ia tidak lagi buntu..ia adalah peranan dan kesedaran individu itu sendiri..!!!
p/s: Masih mencari dan mencari untuk sebuah legasi..
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Tuesday, March 9, 2010

Jemputan ke Ceramah Mawlid Rasul SAW

Habib Adnan bersama potret datuknya , Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad

* Habib Ahmad Masyhur Toha al-Haddad (gambar di dalam frame) adalah pendakwah terkenal yang mengislam kan ratusan ribu rakyat benua Afrika ; khususnya negara Tanzania dan sekitarnya... Habib Adnan adalah cucu nya akan hadir bersama di Masjid Bandar Bahru Farlin, Ayer Itam, P.Pinang.... insya Allah

CERAMAH MAWLID RASUL SAW

Oleh : Habib Adnan bin Ali bin Habib Ahmad Mahsyur bin Toha Al-Haddad (dari Jeddah)
Pada : 10 Mac 2010 (Rabu)
Tempat : Masjid Bandar Bahru Farlim, Ayer Itam, Pulau Pinang.

Wednesday, March 3, 2010

Satu nikmat pada suatu malam


Haba panas bermaharajalela menguasai seluruh ruang rumah. Kipas dengan kelajuan di tahap 5 pun tidak mampu mengusirnya. Liat bagaikan melekat dengan ruang-ruang udara yang berkisar. Malam-malam sepanjang Februari di kediaman di sepanjang pesisir pantai Macallum bukan lagi menyamankan bahkan memeritkan. Manaka tidak, seusai matahari berlabuh, haba meneruskan legasi penguasaan matahari. Sehinggakan titisan embun di luaran tidak berpengaruh menempiaskan dingin ke dalam. Malam di Pulau Pinang bagaikan kemarau embun.

Namun semalam..

"Penatnya aku, nasib baiklah baju sudah iron", mengeluh mengenangkan bebanan kerja di pejabat selepas 2 minggu tidak berada di pejabat.

Jam menunjukkan 12.15 malam sejurus aku offlinekan facebook dan ym. Dilanda kepenatan yang amat sangat menyebabkan aku diruntun untuk melabuhkan kelopak mata awal. Aku terus hanyut. Tidur dalam haba ditemani angin dari kipas yang berbahang.

"Sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss...!!!", bunyi bising kedengaran.

Sayup-sayup kedengaran housemate menjerit-jeritkan alhamdulillah berkali-kali.

"Ahhhhhhhhhh..hujan..!!! lebat...!!!", aku terjaga dan bingkas bangun untuk menikmati pandangan hujan menimpa bumi selepas beberapa lama ia kegersangan.

"Alhamdulillah..", terbit kalimat pujian mensyukuri atas nikmat itu selepas beberapa lama tidak menikmatinya.

Hujan merupakan suatu aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. tatkala mengaturkan perjalanan bumi. kadang-kadang ada ribut, ada panas, ada kemarau dan ada hujan. Semuanya ini ialah aturan Allah (sunnatullah) bagi menyempurnakan kehidupan hamba dan makhluk ciptaannya. Bagi sesetengah orang, tempat dan keadaan, kejadian hujan kadang-kadang diingini dan kadang-kadang tidak.

Namun apakah pendirian al-Quran dalam hal ini. Apakah hujan itu dikira sebagai musibah atau nikmat? Jika musibah apa ciri-cirinya? Jika nikmat pula apa ciri-cirinya?

Dalam Bahada Arab, al-mator (dengan kata dasarnya ialah mim to' dan ro') ialah hujan. Terdapat sekitar sedozen tempat dalam al-Quran menggunakaan perkataan dari kata dasar ini.

Antaranya ketika Allah membicarakan perihal balasan bagi kaum Lut:


وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِيْنَ

Dan kami telah hujankan mereka dengan hujan batu, maka lihatlah bagaimanakah balasan bagi orang-orang yang melakukan dosa.
Al-'Araf ayat 83


Antaralain perihal perkampungan kaum Lut yang ditimpa musibah:

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيْلٍ مَنْضُوْضٍ

Dan Kami telah hujankan ke atas perkampungan itu dengan batu-batu yang berlapis-lapis.
Hud ayat 82

Antara lain perihal kedegilan kaum musyrikin Mekah:

وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ مِنْ هَذَا هُوَا الْحَقُّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ

أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيْمٍ

Dan ketika mereka (kaum musyrikin) berkata: Ya Allah sekiranya apa yang dibawa oleh Muhammad ini adalah benar darimu, hujanilah kami dengan batu-batu dari langit atau datangkan kami dengan azab yang pedih.
Al'Anfal ayat 32

Ironinya kesemua sedozen ayan yang menggunakan perkataan mim to' dan ro' itu mengisyaratkan kepada hujan-hujan yang berbentuk seksaan, ancaman dan balasan daripada Allah kepada kaum-kaum terdahulu yang ingkar dan ia bukan ayat yang berbentuk nikmat, berkat dan rahmat.


Dalam merujuk kepada hujan yang bersifat rahmat, Allah S.W.T. menggunakan perkataan air iaitu mim alif dan hamzah ( ماء) yang digabungkan dengan perkataan turun. Seperti dalam firman Allah:

اَلَّذِيْ جَعَلَ لَكُمُ الأًرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ

Dia yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai binaan dan langit sebagai binaan dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, maka Dia mengeluarkan darinya tumbuh-tumbuhan sebagai rezki untuk kamu.
Al-Baqarah ayat 22


وَهُوَ الَّذِيْ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْئ

Dialah yang telah menurunkan air (hujan) dari langit maka Kami keluarkan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai.
Al-An'am ayat 99


إِذْ يُغَشِّيْكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطهِّرُكُمْ بِهِ

Ketika Dia menyelubungi kamu dengan mengantuk untuk merehatkan kamu dengan aman dan menurunkan daripada langit air (hujan) agar kamu dapat menyucikan diri dengannya.
Al-Anfal ayat 11

Terdapat puluhan ayat yang kesemuanya menggunakan perkataan air bagi merujuk kepada kejadian hujan tanpa ada satu pun yang menggunakan perkataan hujan itu sendiri bagi merujuk kepada kejadian hujan yang bersifat nikmat, rahmat dan berkat. Ta'bir disebalik hikmah kebijaksanaan Allah itu ialah kerana hujan secara umumnya merujuk kepada kepelbagaian jenis kejadian hujan seperti hujan batu, hujan panas, hujan yang membawa angin ribut dan seumpamanya. Namun penggunaan kalimah menurunkan air dari langit sebagai ta'biran hujan adalah untuk memcerminkan tiadanya andaian lain melainkan hujan yang mengembirakan, menenangkan dan mendamaikan kerana air itu sendiri pada zatnya merupakan suatu yang mendamaikan dan mendinginkan.

Bagiku, turunnya hujan malam semalam selepas beberapa lama diselubungi hawa panas merupakan satu nikmat yang amat berharga yang mana akhirnya ia dapat melampiaskan kedinginan malam ke dalam 1-11-17 Desa Pinang 7, Jelutong.


p/s: Alhamdulillah semalam dapt tidur dengan nyaman sekali :-)



Friday, February 26, 2010

e-munakahat mudahkan urusan perkahwinan secara online

Utusan Online Terkini..

Makin sakit kepala aku..sobs3

"Allahumma yasiir wala tu'assir", tayar tubeless.

Kursus ISO 9001:2008

ISO ooohh ISO..!!!



24 dan 25 Februari lepas aku diarahkan untuk hadir kursus dokumentasi ISO 9001:2008 di Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Perancangan Pengarahku ialah untuk mendapatkan pengiktirafan ISO untuk sistem E-Munakahat Negeri Pulau Pinang.

"Cabaran besar menanti", keluh hatiku. Memang diketahui umum, ISO ialah satu piawaian standard antarabangsa bagi setiap produk atau perkhidmatan.

Mampukah aku lakukan???

"Macam mana ustaz kursus semalam?", tanya Ustazah Su ketika terserempak di luar dewan ketika sambutan Maulidur Rasul.

"Entah lah ustazah, SUK pun antar 4 orang ni kita hantar sorang ja", jawabku.
"Tapi....", aku menyambung kata. "kalau pengarah bagi masa kat ana sampai hujung tahun ni insyaAllah boleh kot kalau pun tak sempurna, tapi kalau dia nak dalam masa 3 bulan..memang ana tak boleh la..dokumentasi pun dah complicated", aku meluahkan rasa.
"Jawabnya ana tak buat kerja lain dah la", sambungku.

"Tak pa ustaz, pelan-pelan na", consult ustazah Su.

Sememangnya Kursus ISO yang dihadiri memang sangat tough, sudahlah otak ni dah lama tak masuk kelas tiba-tiba masuk kelas dan kena fokus pada benda yang sangat rumit. Bagaikan enjin motosikalku yang beberapa minggu tak dihidupkan, sekali nak start enjin, pasti lenguh kaki, sakit hati dan silap-silap hari bulan kasut@selipar pun boleh rosak.

Suatu ketika pada 2 jam pertama pada hari pertama kursus, otak bagaikan terkejut menyebabkan terus tiba-tiba mengalami sakit kepala yang amat sangat. Nasib baik dibekalkan air mineral dan chocolate..dapat juga aku pujuk-pujuk balik otakku ini. "Haihhhh..", mengeluh jugak aku.

"Allahumma yassir wala tu'assir", tayar tubeless.

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau PInang






Alhamdulillah, sambutan pada pagi tadi berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah S.W.T. Walaupun beberapa minggu lepas dipolemikkan isu tiada perarakan namun perarakan berjaya diadakan dengan jayanya dengan penyertaan 57 kontinjen walaupun gerak kerja untuk perarakan hanya berlangsung lebih kurang 1 minggu setengah sahaja.

Memang pada peringkat awal tiada perancangan untuk perarakan dan digantikan dengan alternatif yang lebih bermanfaat namun disebabkan tekanan politik oleh media arus perdana ia diarahkan untuk diadakan semula. SYABAS untuk Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP sebagai urusetia perarakan kerana hasil kerja cemerlang anda walaupun dalam tempoh 1 minggu setengah.

Satu projek yang kira agak besar perbelanjaannya telah dilancarkan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dalam majlis tersebut iaitu Sistem E-Munakahat, sistem pendaftaran pernikahan secara online yang urusetia sistem tersebut ialah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, bahagian aku di JHEAIPP.

"Lepas ni kalau orang sapa-sapa nak kahwin dengan orang penang atau di Penang tak perlu mai pejabat lagi, boleh terus mohon online dan proses kelulusan jug melalui online dan boleh terus print out je kelulusan tersebut", tayar tubeless.

Nota kaki:
Pasal isu perarakan tu..Johor dan Pahang termasuk Kelantan pun tidak mengadakan perarakan..tapi kenapa Penang plan tak buat dihentam habis-habisan. Anda fikirlah sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...