Sila masuk

Thursday, October 30, 2008

Highway metramac dan jurutolnya..

1-Tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon hari ini di Dewan Rakyat berkaitan hasrat kerajaan untuk menempatkan OKU sebagai pemberi tiket di tol-tol lebuhraya.

2-Ini merupakan satu hasrat yang amat baik dan amat dialu-alukan. Dan perbincangan akan dijalankan antara pihak kerajaan dan pihak pengendali lebuhraya terbesar Malaysia plus dengan harapan Plus akan memberi sokongan hasrat kerajaan tersebut.

3-Bagi pengguna yang pernah melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat kendalian Metramac Copporation, perkara ini bukanlah suatu perkara baru. Lebuhraya yang menghubungkan antara Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Cheras Kajang itu terlebih dahulu ke hadapan dalam menzahirkan tanggungjawab sosial mereka. Mereka yang pertama kali menggunakan Lebuhraya itu pasti akan perasan dengan mudah bahawa pengendali-pengendali tolnya bukanlah terdiri dari anak gadis yang cute mute.

4-Itulah yang aku perasan tatkala pertama kali melalui tol selepas berpindah ke Cheras Baru dan ia merupakan laluan favouriteku untuk ke tempat kerja di Kelana Jaya. Jurutol pertama yang mencuit rasa perasanku itu ialah seorang wanita separuh abad yang pada hematku seusia atau muda sedikit dari ibuku. Terkejut.."Seorang makcik jaga tol??, Tak pernah jumpa ni!!", spontan mulaku bersuara menzahirkan kepelikan yang pertama kali ditemui. Iya..itulah realitinya.

5-Selepas beberapa kali melaluinya, beberapa watak berlainan ku temui di situ. Seorang pakcik yang bergerutu mukanya mungkin disebabkan penyakit, seorang kakak yang hanya memiliki jari kelingking sahaja, jari kelingking itulah yang selalu mengorek tapak tanganku tatkala mengambil bayaran tol dariku, seorang abang yang tertera logo orang pekak di nametagenya dan beberapa wanita yang tidak zahir apa kekurangan yang mereka ada. Barangkali mereka itu manusia sempurna.

6-Tugas mereka amat mudah. Hanya mengambil bayaran tol dan mengembalikan bakinya jika ada dalam keadaan duduk. Merewang fikiranku memikirkan nasib beberapa makcik yang tidak berpelajaran dan OKU lain yang kerja mereka amat memenatkan seperti cleaner. Nasib jurutol-jurutol in ternyata amat beruntung. Namun bilangan mereka hanya beberapa orang di situ.

7-Sebab itulah tatkala membaca laporan media berkaitan kenyataan timbalan menteri itu di Dewan Rakyat hari ini, aku amat mengalu-alukan usaha tersebut.

8-Kalau sebelum ini dari utara hingga ke selatan tanahair, amat mustahil untuk menjumpai golongan OKU atau pakcik dan makcik di tol-tol lebuhraya..namun kemungkinan selepas ini kita dengan mudah akan menemuinya. Lega mereka juga mampu meraih sesuap nasi dengan kemampuan terhad yang diberikan Tuhan. Itupun kalau Plus ada hati dan perut untuk menyambut hasrat kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.


9-Hidup perlu berbakti walau siapa pun kita.

Tuesday, October 28, 2008

Siapa Imam al-Haddad? dan apakah majlis haul Imam Haddad?

Bagi pembaca yang tidak mengenali beliau, serba dan teramat ringkas aku ceritakan. Kalau kalian masih ingat dan pernah dengar bahawa Nabi S.A.W ada bersabda tentang pada setiap 100 tahun akan ada seseorang yang akan memperharui Agama, inilah yang dinamakan mujaddid agama. Imam Haddad merupakan salah seorang mujaddid. Beliau Mujaddid Islam bagi kurun ke-12 Hijrah. Nama beliau ialah Al-Imam Qutub Al-Irshad Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad.

Majis Haul Imam Haddad di adakan pada setiap tahun bagi memperingati kewafatan beliau. Ini kerana jasa, pengorbanan dan khazanah tinggalannya yang amat besar bagi generasi sesudah beliau sehinggalah pada hari ini.

Kalau anda ingin merasai bagaimana tenang dan tenteramnya jiwa, hadirilah majlis ini. InsyaAllah ketenteraman dan ketenangan jiwa adalah tanda keberkatannya.

Jemputan ke Majlis Haul Imam Haddad

Kepada teman-teman yang berada di sekitar Kuala Lumpur di jemput ke Majlis Haul Imam Haddad yang akan di adakan seperti berikut:-

31 Oktober 2008 di Masjid al-Falah, USJ9
1 November 2008 di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai off Jalan Ampang
2 November 2008 di Masjid al-Bukhary, Jalan Hang Tuah

*Majlis bermula pada jam 6 petang dan isyaAllah tetamu istimewanya ialah Habib Salim Asy-Syatiri, salah seorang ulama besar Yaman.

Untuk makluman, Majlis Haul ini juga akan diadakan di beberapa tempat di beberapa negeri. Maklumat lanjut boleh didapati www.alhawi.net.

Sama-sama kita hadiri untuk polish iman dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Tahi ayam hangat balik..!!!

Awwal kalam..maaf kerana hampir genap satu purnama blog kusam ini tidak diupdate. Sebenarnya inilah yang disedari bahawa sebagai yang bernama manusia setiap tindak tanduk kita pasti ada pasang surut. Aku tidak ketinggalan telah mengharungi surut yang agak lama, bukan ketandusan idea namun ketandusan olahan idea-idea tersebut. Memikirkan bagaimana cara sebaiknya untuk mengolah sesuatu idea agar kelihatan menarik apabila dibaca. Daripada post out sesuatu yang tidak menarik, baik diperam sahaja. :)
Walaubagaimana, sesuatu yang disedari, medium ini adalah medium tidak rasmi terbaik untuk berkongsi sesuatu buah fikiran bersama teman taulan. Moga kalian dapat mengambil sesuatu dari usaha yang kerdil ini. Oleh yang demikian berbekalkan azimat..InsyaAllah..aku akan terus pastikan" tahi ayam akan terus kekal hangat"...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...