"Sreeeehhh srehhh srehhh srehhhh...!!", bunyi yang sudah biasa didengari pada saat dan ketika yang sama. Bunyi yang diselangi dengan seretan kasut itu makin menghampiri bilikku.
Kelihatan susuk tubuh makcik janitor berbaju kurung kusam dan tudung lusuh sedang asyik menyapu sambil pandangannya terpaku ke bawah, tidak dipanggung menggambarkan ketekunannya menjalankan tugas, perlahan geraknya membayangkan tenaga yang dimilikinya sudah tidak seberapa. Seorang wanita lebih separuh abad yang ku kira seusia ibuku itu baru memulakan tugasnya di jabatanku pada awal Ramadhan ini selepas syarikat pencuci lama tamat tempoh perkhidmatan mereka.
Pintu yang sudah sedia terbuka diketuk...
"Ustaz...ada apa nak sapu dak?", pertanyaan biasa setiap kali pintu bilikku dikuak sekitar jam 8.45 pagi. "Takpalah makcik..tak payah lah hari ini", balasku menyahut pertanyaannya.
"Tiap-tiap hari tarik..sampai tak dak apa nak sapu noo", dia mengiyakan apa yang di dalam hatiku bahawa lantai bilik masih seperti semalam.
"Makcik raya di mana?", aku memulakan sapaan mesra bersifat peribadi.
"Perak..rumah anak makcik,", jawabnya tersenyum.
"Ohh..cuti banyak hari lah kot makcik dah raya di Perak".
"Hari Rabu makcik dah cuti, depa bagi 2 hari", merujuk kepada pentadbiran syarikatnya.
Diam seketika..dan dia masih menyapu di hadapan bilikku dengan pintu yang terbuka luas. Aku bingkas bangun mendekati dan memerhatinya yang masih tekun.
"Makcik nama apa?," satu soalan yang menzahirkan keinginanku untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Sudah beberapa minggu, itulah kesempatan yang aku ada untuk berkenalan dengannya, kebetulan tiada siapa-siapa di sekitar. Sekadar bertegur sapa di laluan tidak mendekatkan diriku dengan apa yang ada disebalik susuk tubuhnya. Aku ada dengar-dengar dihujung telinga tentang kehidupannya yang serba kekurangan.
"Jamilah", jawabnya dengan lemparan senyuman sambil menghentikan seketika sapuan.
"Dah lama ka makcik keja?".
"Ehh..dah 15 tahun...lama dah makcik keja..dulu dekat CIMB Komtar..la depa hantaq mai sini pulak..makcik jenis tak leh dok umah..kalau dok rumah tak tau nak buat apa", jawabnya meleret.
"Oooo..lama dah tuh..umoq makcik berapa?", soalku lagi.
"59..".
Tepat sangkaanku wanita ini usianya sudah melebihi setengah abad. Terbayang beberapa individu yang ku kenali seusia begitu yang kehidupan mereka sekarang adalah di rumah, surau, berehat, melakukan kerja-kerja ringan di rumah, sakit-sakit badan dan kadang-kadang melayan kegembiraan anak-anak dan cucu-cucu. Namun wanita ini masih bekerja, membanting tulang seawal jam 8 pagi hingga 4 petang.
"Makcik tak sakit badan ka?", soalan bodoh namun sengaja diajukan bagi mendapatkan butiran sendiri dari mulutnya. Pernah sekali aku melihat dia mengangkat dua plastik sampah yang sarat terisi sehingga berkeriut mukanya. Gigih sekali..segigih dia menunggu bas seawal 6 pagi dan menukar bas lain untuk sampai ke Lebuh Pantai dari Bukit Gedong, Bayan Lepas.
"Memanglah sakit..lengan..bahu..paha..kaki..", sambil menepuk-nepuk anggota badannya itu.. tapi kalau makcik tak keja makcik nak makan apa..anak-anak pun semua perempuan..sorang ja laki..yang laki tu pulak x lah gaji besaq..tapi dia dok bagi jugak lah", semakin panjang perkongsian Makcik Jamilah namun bersyukur kerana anak yang ada masih peduli dengan dirinya walaupun tidak seberapa.
"Makcik ada 6 anak..4 perempuan 2 lelaki..lelaki yang bongsu bagi dekat orang..sebab suami makcik masa tu susah..dia janji dengan orang tanpa pengetahuan makcik..bila anak dah keluar anak tu pejam mata macam tak mau tengok muka makcik..macam dia tau yang makcik nak bagi dia dekat orang..tapi bila dok kat riba orang tu..dia celik luas sangat..", katanya mengimbau saat-saat tersebut. Agaknya imbauan itu pasti selalu bermain di kotak fikirannya.
"Sampai la dah lama tak jumpa..kalau ada pun umoq dia dah 14..besaq dah..teringattt...", perlahan nadanya berkongsi bagi melepaskan sesak yang mungkin telah lama membuku di dada.
"Last makcik jumpa pun masa dia umoq 3 tahun..depa dok di Kuala Lumpo..lepas tu keluarga tu tak bagi makcik pi jumpa dah..depa kata nak bagi dia tumpu pada pelajaran..,tapi makcik habaq jugak lah..bawalah mai sekali sebelum makcik tutup mata", sambungnya berkongsi tanpa dipinta sambil mengakui anak tersebut adalah milik dan hak mereka sepenuhnya.
Hasrat untuk sekadar mengenali bertukar menjadi satu sesi yang menghadiahkanku simpati berganda terhadapnya. Kekurangan bertambah lagi selepas kematian suami 8 tahun lalu. Hidup tanpa keceriaan dan keseronokan.
Kehidupan dijalani dengan serba kekurangan bukan hanya material namun ingatan terhadap anak kandung yang mungkin tidak tertunai merupakan penderitaan dalaman seorang ibu yang melahirkan menginsafkanku betapa ku miliki segala-galanya..ibu..ayah..abang..kakak..adik..saudara mara dan kehidupan. Namun sejauh mana semua itu disyukuri mendorong untuk melakukan satu perhitungan buat diri.
Kehidupannya segala-galanya kurang namun tidak bagi kita.
Makcik Jamilah berlalu meminta diri untuk bergerak ke tempat lain risau kerjanya tidak siap dalam tempoh sepatutnya dengan senyuman yang terbungkam duka dalam riak ketabahan.
Moga Aidilfitri yang bakal menjelma..sedikit sebanyak dapat mengembirakannya.
Sila masuk
Friday, September 3, 2010
Saturday, August 28, 2010
Hukum bukan Islam masuk masjid dan fleksibiliti Agama Islam

Pagi yang hening sejurus menunaikan solat Subuh pada pagi cuti umum sempena Nuzul Quran.. Mata yang tidak seperti kebiasaan..segar..tidak meminta bantal sebagai teman, lantas dicapai Sang Toshiba bagi meninjau apa perkembangan negara untuk hari ini. Seperti biasa portal berita online yang paling digemari-Utusan Online- dilayari. Membelek-belek berita utamanya...kejutan dirasai.."Tindakan tegas jemput bukan Islam-JAIS". Dengan penuh minat..paparan laporan itu dihabiskan.
Rupa-rupanya ia berkaitan seorang ahli parliman bukan Islam wanita memasuki sebuah surau di Serdang dan menyampaikan ucapan di ruang solat utama. Dalam pada masa sama, laporan itu juga menyebut beberapa blog yang melaporkan perkara tersebut. Habis semua ku jelajahi. Menariknya pada salah satu blog tersebut ada memetik sebuah ayat al-Quran yang dikatakan sebagai larangan orang bukan Islam memasuki masjid. Sekadar memetik dan penjelasan simple yang teramat kabur, kepuasan untuk diri sendiri demi kefahaman yang sebenar ku dapatkan melalui Maktabah Syamilah yang sedia ada pada Sang Toshiba.
Ayat 28 dari Surah at-Taubah berbunyi:
Wahai orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka janganlah mereka itu menghampiri Masjidil Haram..
Terdapat beberapa tafsiran apakah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai najis. Antaranya ialah kerana
1-mereka tidak pernah melakukan penyucian hadas besar.
2- kekufuran. Kufur disifatkan sebagai antara najis terbesar yang hanya dapat disucikan dengan kalimah tauhid.
Walaubagaimanapun hukum mereka memasuki masjid adalah berbeza sama sekali berbanding muslim yang berhadas besar.Berikut ialah kesimpulan hukum bukan Islam memasuki masjid yang diperolehi dari tafsir ayat tersebut dalam Tafsir Zadul Masir oleh Imam Ibnu Jauzi (seorang ulamak syafie yang muktabar)
1- Ulamak sepakat bahawa individu bukan Islam haram memasuki Masjidil Haram di Mekah.
2-Walaubagaimanapun, para ulamak berbagai-bagai pendapat terhadap individu bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram:
a) Ditegah melainkan ada hajat (Imam Malik)
b)Harus (Imam Syafie)
c)Harus bagi mereka masuk Masjidil Haram dan masjid-masjid lain. (Imam Abu Hanifah)
Walaubagaimanapun, pendapat Imam Abu Hanifah adalah tertolak sama sekali kerana bercanggah dengan zahir ayat di atas. Begitu juga, selepas dirujuk pada Tafsir ar-Razi oleh Imam Fakhrurazi (juga merupakan ulamak muktabar dalam mazhab Syafie) menemukan penemuan yang serupa.
Oleh yang demikan, ia memperlihatkan kepada kita betapa ulamak-ulamak silam pun tidak rigid pemikiran mereka dan menunjukkan keanjalan dalam pemahaman hukum tersebut. Berbanding kita khususnya melihat ia suatu perkara yang perlu ditentang habis-habisan.
Adalah sesuatu yang amat malang, keterbukaan Agama Islam dari disukai oleh bukan Islam di Malaysia terhalang kerana dua faktor: a) Penganut Islam dan b) Pentadbiran Agama. Penganut Islam amat tidak menunjukkan roh Islam yang sebenar dan terbawa-bawa dengan emosi buta. Manakala faktor pentadbiran adalah kerana ia telah ditetapkan oleh pihak atasan sebagaimana apa yang telah berlaku dalam isu penggunaan kalimah Allah dan doa untuk bukan Islam.
Adalah amat penting pentadbiran Agama Islam di Malaysia menzahirkan keanjalan dan fleksibiliti Islam demi kepentingan dakwah dalam melunakkan hati dan jiwa mereka. Janganlah kita bersikap atau mengeluarkan pendapat dengan pendapat atau sikap yang "ala-ala taliban", nescaya Agama Islam pasti dijauhi dan tidak akan dilihat sebagai sebuah agama yang rahmat.
p/s: Wallahua'alam .. ..

Friday, August 20, 2010
Nama Guan Eng ganti Agong????? dan Kenyataan Media YB Abdul Malik Exco Agama Penang

"Guan Eng ganti Agong???", terkejut besar aku tatkala memasuki laman sesawang Utusan Malaysia sejurus selesai menunaikan solat subuh pagi tadi. Sejurus selesai membaca tulisan muka depan utusan tersebut.. "Mustahil ada dasar sebegitu dalam urusan pentadbiran agama Negeri Pulau Pinang", telah hatiku. Sementelah pula hari-hari sebelumnya tiada langsung desir-desir angin berkaitan. Pagi yang tenang sejurus aku tiba di pejabat. Tiada perbualan berkaitan, kemungkinan sudah lali dengan serangan sedemikian. Tidak seperti isu perarakan Maulidur Rasul beberapa bulan yang lepas. Melainkan di Bahagian Dakwah- Bahagian yang bertanggungjawab dalam penyediaan teks khutbah Jumaat- kelihatan beberapa kakitangan berkumpul. Aku berlalu sambil melemparkan senyuman. Bagiku, kenyataan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu adalah merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan mencetuskan kemarahan orang melayu sementelah isu penggunaaan gambar Sultan Johor oleh pihak tidak bertanggungjawab masih hangat. Walhal, hakikatnya ia bukanlah dasar pentadbiran Agama di Negeri Pulau Pinang dan tidak ada langsung arahan dari CM Guan Eng untuk nama beliau digantikan dengan nama Yang Dipertuan Agong dan ia tidak wujud sama sekali.
Wednesday, July 28, 2010
Kesian blog nie..

"Simpatinya..!!", getus sang hati tatkala tergerak untuk melawat "rumah" sendiri. Bagaikan tidak bertuan..ditinggalkan tanpa diselenggara..rumput rampai meninggi..debu berinci bertebaran ditampar..pohon malar menjalar dinding..papan kering merekah..lantai berlumut..sawang merajai ruang meragut raut muka..tikus mericik bunyi..daunan kering meratai..,
mungkinkah tuannya sudah meninggal..terlantar sakit atau dihalau dari kampung halaman sendiri. Mungkin itulah gerak rasa hati sekiranya melihat sesebuah rumah atau pondok usang. Simpati bukan??
Ke mana tuannya? Apa jadi dengan tuannya? Sakitkah dia? Persoalan yang menerawang ke dalam benak minda.
Blog yang usang pula memuakkan si pengikut yang setia lantas tidak lagi dikunjungi...ditinggal setelah tiada lagi perkongsian menarik diperbaharui.., menyampahkan benak hati si pelawat setia.., lantas sang tuan terfikir rumah yang usang bukan bererti rumah tersebut tiada lagi nilai..,seandainya lalang yang panjang dipotong..,debu berinci dibersihkan.., papan yang merekah diganti kembali..ruang dalam yang dirajai sawang dicuci dan didekorasikan dengan material dan pencahayaan pasti rumah tersebut kembali dinikmati pemberiannya dan kembali dikunjungi..
Itulah perjalanan dan hasrat sang tukang tayar tubeless..insyaAllah..
Wednesday, May 26, 2010
Nikmat kembali dinikmati
Hujung mingguku yang lalu dihabiskan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Setelah menjalani rawatan dan pemeriksaan sejak awal tahun ini, abangku (down syndrome) telah dengan jayanya -dengan izin Allah- menjalani pembedahan mata akibat katarak. Perasaan yang bercampur baur sebelum pembedahan dan semasa pembedahan dijalankan, berbaloi dengan kegembiraan dia dapat melihat dengan baik semula. Manakan tidak, kataraknya yang sudah masak memungkinkan bag asal kanta sudah tidak dapat digunakan lagi dan tiada pilihan melainkan kanta tiruan perlu diletakkan di depan pupil menggusarkan kami sekeluarga. Bermakna dia perlu menggunakan ubat mengurangkan tekanan mata seumur hidupnya. Pendek kata, sekalipun dia dapat melihat dengan baik semula matanya sudah tidak lagi normal. Plus pembedahan serentak kedua-dua belah matanya plus lagi dia down syndrome- tidak pandai bercerita tekanan ke ape ke- membuatkan kami gelisah. Hanya doa dan harapan dipanjatkan ke hadrat Tuhan Pencipta Alam.
11.00 am Ahad 23 Mei 2010
Riak-riak gelisah susah kelihatan di wajah setiap orang. Sudah 3 jam Bi di dalam dewan pembedahan. Sedangkan doktor mengatakan pembedahan hanya mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk sebelah mata. Gelisah, muka tidak keruan, dada yang berdegup kencang. "Ada apa-apakah yang terjadi" antara permainan nakal sang hati namun diletakkan kebergantungan sepenuhnya kepadaNya.
11.30 am "Paklang dah siap", kata nurse dengan wajah riang memecahkan keheningan penantian.
"Alhamdulillah", spontan kalimah syukur sejurus menilai wajah riang nurse tanda tiada apa-apa berlaku.
Tidak berapa lama kemudia Bi dibawa keluar dengan matanya dibandagekan. Kedengaran dia mengeluh dan merintih-rintih kerana pening akibat kesan bius. "Bius habis, oklah nanti", kata nurse tersebut.
Selepas 5 jam..
Dia masih merintih-rintih dan menjerit memanggil doktor minta dibukakan bandage mata tersebut. Puas dinasihati belum masa untuk dibukakan namun semua nasihat dan kata-kata tidak dipakai. Mungkin dia tidak selesa atau gelabah kerana matanya kelam. Tersangatlah penat menangani situasi genting tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dia diminta untuk dibawa menemui doktor di Wad 6. Sejurus bandage mata dibuka, bagaikan keajaiban dia dapat mengenal pasti siapa yang di hadapannya. Sebak. Baju yang dipakai dan tangannya dibelek-belek. Satu anugerah Tuhan yang amat bernilai kini dapat dinikmati semula.
Petang tersebut, kami menerima ramai pelawat dari kalangan keluarga kak iparku. Keriangan jelas terbayang pada riak wajah kami terutama ibuku yang semenjak setahun kebelakangan ini menguruskan segala-gala keperluan Bi. Syukur atas keluasan ilmumu wahai Tuhan.
Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Hamzah (pakar bedah) dan semua nurse di Wad 7B Bunga Raya, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Moga jasa kalian dikira oleh Allah sebagai amal kebajikan untuk ditebus pada hari kebangkitan nanti

.

Friday, May 21, 2010
Hidup perlukan sesuatu untuk refresh

Rupa-rupanya sudah lama "rumah" ini tidak dikemaskan..bersawang..berhabuk..berbau hapak..Adakalanya blog yang tidak diupdate bagaikan rumah hantu maya..tiada langsung keinginan untuk menjengah..kalaupun terjengah..rasa mcm ingin cepat keluar..tiada daya penarik.Kesibukan yang bermula April lalu membuatkan idea-idea segar untuk menulis di sini terbeku seketika.Untuk menulis pada waktu malam..sang otak kepenatan untuk berfikir melainkan idea-idea mengarut dan santai..pada waktu siang sangat setia dengan pen, surat-menyurat, catatan, discussion dan seumpamanya. Kesibukan mengajar betapa masa itu sangat bernilai dan kesibukan jugak mengajar betapa masa yang dilalui sangat terisi.
Semalam..8.30 pagi
"Tettt..tettt..tettt..", handphone buerdering."Matudi..tolong check dalam kitab ayah yang hang ambik tentang perkara berkaitan dajal..dekat catatan kulit belakang", pinta abangku.
"Satgi ada soalan kat radio..abang chak tak ingat secara detail..check pastu habaq balik", sambung abang sulungku itu.
"Okay".
Aku terpaksa bergegas pulang ke rumah sekejap untuk mengambil kitab tersebut kerana slot Hiwar Islam di Kedah Fm adalah pada jam 3 petang nanti.
Dibelek-belek kulit ke kulit kitab lama tersebut..dengan tulisan jawi yang sukar dibaca..aku berjumpa dengan hal yang berkaitan dajal yang padaku agak menarik. Tanda-tanda kelahiran dajal. Bermakna tanda-tanda yang menunjukkan dajal sudah lahir. Terdapat 8 tanda iaitu:
1-Bertumpah darah sesama Islam
2-Apabila zina dihalalkan
3-Apabila riba dihalalkan
4-Apabila orang Islam berperang sesama Islam
5-Apabila amil mengambil harta secara paksa
6-Apabila orang Islam tidak mahu/minat belajar agama
7-Apabila orang Islam tidak mahu membuat amal
8-Apabila melambung harga-harga barang
Seakan-akan semua perkara tersebut sudah wujud..cuma yang tidak pasti bilakah dia akan muncul..kerana kemunculannya adalah satu kebenaran sebagaimana telah diceritakan oleh baginda S.A.W. dalam banyak hadis.
Penemuan ini menyebabkan, rumah kosong ini telah dikemaskan dari habuk-habuk dan sawang-sawang.
nota:
Hidup adalah untuk beramal..
Subscribe to:
Posts (Atom)