Sila masuk

Tuesday, January 26, 2010

Mohon kebaikan untuk ibu ayahku

1- Malam Jumaat lalu, aku memandu ke Bank Islam di Lebuh Light. Satu-satunya bank Islam dalam The Heritage Building of City, George Town. Hajat mahu mengeluarkan sejumlah ongkos.

2- Sesampainya disitu kelihatan seorang budak muda termangu-mangu kerana duitnya sebanyak RM 600 tidak keluar namun selepas diperiksa jumlahnya sudah berkurangan. "Sistem Bank Islam down lah ni", getus hatiku.
Pernah aku mengalami nasib menunggu respond dari ATM hampir 5 minit semata-mata untuk keluarkan duit.

3-Masuk seorang lelaki pertengahan umur. Berkemeja agak lusuh dan berkopiah. Mendengar perbualan kami dan menyampuk. Cakapnya agak berdentum dentam..Gah. Sejurus kemudian dia memintaku untuk tolong periksa akaunnya. Aku menerima permintaanya walau dalam hatiku terdetik keraguan.

4-RM 13.30. "Anak tak masuk duit lagi", mengomel lelaki tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala..

4- Sejurus selesai, aku terus angkat kaki. Beberapa langkah.."Adik ..adik..tolong skit", pinta orang itu tergesa-gesa mengejar. "Awat?", aku bertanya. "Saya nak pinjam duit sikit..isteri dok di hospital..anak pulak tak masuk duit lagi..akaun lagi satu tu isteri saya sorang saja yang tau nombor akaun..tu pulak dia baru operate jantung..bernafas dengan tiub..tak boleh cakap..pakcik nak balik kampung ni", adu orang itu panjang lebar dengan senafas sambil memberitahu kampungnya di Sg. Batang, Sik, Kedah.

5-" Dekat dengan kampung aku tapi takkan semudah itu aku nak bagi duit pada orang yang aku tak kenal", fikiranku mula berpolitik. "Takpalah..pakcik nak pi mana? saya hantaq..",helahku asal tidak menghulurkannya barang sesen pun. Dia memintaku untuk menghantar ke Komtar namun aku memberi cadangan untuk menghantarnya ke jeti feri, tambahan pula feri masih beroperasi.

6-Teragak-agak jugak aku tumpangkan orang yang tak ku kenali namun berbekalkan Bismillah aku beranikan diri. Beberapa cerita sempat dia kongsi namun dalam kepala aku hanya pikirkan RM 10 cukup kot untuk dia balik.

7-Setibanya di jeti feri, aku keluarkan note 10 lantas dihulurkan kepadanya. "Mana cukup dik..nak naik teksi balik Sik..bagi la 50..nnati saya telefon balik..", kebetulan pulak ketika itu aku hanya ada 30 ringgit sahaja. Berdolak dalik aku agar dia hanya menerima 10 ringgit sahaja. Tetapi..

8-Tiba-tiba terlintas di benak fikiranku..seandainya suatu hari situasi terdesak sebegitu terjadi pada ibu ayahku..seandainya tiada siapa yang akan menolong..apa akan terjadi..?? Gerun dan takut ..aku penuhi hasrat orang itu untuk menerima seadanya apa yg aku ada ketika itu.

9-Lantaran aku iring dengan doa..seandainya keadaan terdesak sebegitu terjadi pada ibu ayahku..tambahan tiada anak-anak berdekatan..mohon ada yang sudi memenuhi hajat mereka.

10-Pemeberianku pada malam itu kerana ssyangkan mereka. Kerana terdapat satu hadis nabi yang mafhumnya " Seandainya kamu memenuhi hajat seseorang, Allah akan memenuhi hajatmu".

11-Tidak timbul lagi perkiraan sekiranya orang itu , berbohong atau tidak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...