Sila masuk

Wednesday, January 27, 2010

Aras ukuran sama untuk semua orang adalah tidak adil...,Perlu rasional dan bertenang..!!

1-"Aduh", tergamam seketika tatkala posting mutakhir di Utusan Online. Lantas beberapa media sesawang favouriteku klik. Berita yang sama.., lunch hour yang sepatutnya dikhususkan untuk merehatkan minda terganggu..Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta bertenang.

2-Beberapa akhbar online lain melaporkan perkara yang sama. 1.32 p.m posting berita tersebut dimasukkan. "Baru lagi". Bercelaru seketika fikiranku memikir isu yang sudah berlarutan masuk minggu ke-4 mula menunjukkan tindak balas kedua-dua pihak.

3-"Sesuatu yang difikirkan tidak mustahil berlaku kini sudah mula berlaku", mengimbas kembali reaksi yang bakal ditonjolkan non-muslim ketika gereja di Desa Melawati dibakar.

4-Sepertimana yang berlaku di Desa Melawati, aku pasti dalang di sebalik peristiwa ini bukanlah penganut Kristian yang betul-betul beragama sepertimana yang terjadi di Desa Melawati dilakukan oleh penganut Islam yang cetek pengetahuan agama atau kemungkinan kering kontang terus. Mendahulukan emosi buta dari akal celik.

Sejam sebelumnya......

"Muhammadun saiyidul kaunaini wassaqalain", lunak alunan lagu Muhammad al-Hasayan dari handphoneku menandakan ada panggilan masuk.

"Cot, hang kat mana?"
"Office"
"Nak mintak tolong sikit"
"Apa dia?"
"Tolong ambik aku kat jeti sat satgi..aku kat jeti butterworth lagi..satgi nak jalan kaki jauh la",
pinta Din.
"Ok"
"15 minit lagi feri sampai", Din memaklumiku.
"Ok, aku tunggu satgi",
aku mengakhiri perbualan.

Tiba di Jeti Feri Pengkalan Uda, awal lagi. Baru 10 minit selepas menerima panggilan telefon dari Din. Mata memerhati melihat gelagat manusia di Stesen Bas Rapid Penang yang berjiran dengan jeti feri..ada yang berjalan tergesa-gesa selepas menuruni keluar dari pejalan kaki dari feri, ada yang mundar mandir terjenguk-jenguk mencari bas untuk dinaiki...keletah pemandu Rapid Penang yang tak kisah orang sekeliling dan gelagat penjual buah menuntut sesuap rezeki.

Tiba-tiba, pandanganku terpahat pada suatu situasi kemanusiaan yang merentasi sempadan agama dan bangsa. Kelihatan seorang anak muda cina memaut lengan seorang buta berbangsa melayu di tengah-tengah keletah pemandu Rapid Penang yang rata-ratanya ialah Melayu..., dia menuntuninya ke destinasi si buta.

Ku amati betul-betul wajah mereka tatkala mereka melintasi di hadapanku. Kagum.., bangsa sendiri tidak kisah si buta teraba-raba..sedangkan mereka leka bergelak ketawa. Si anak muda berbangsa Cina pulak kisah dan simpati dengan nasib si buta berbangsa Melayu.

Pandanganku terus mengekori mereka hinggalah mereka hilang di celah-celah khalayak.

..................................................

Kejadian di dua buah masjid itu ternyata dilakukan oleh orang-orang yang tidak berpelajaran, yang cetek akalnya dan tidak waras emosinya. Berbeza dengan anak muda tersebut pastinya dia seorang yang peka dan prihatin perihal sekeliling ramuan hasil akal dan emosinya yang waras natijah dari latar belakang diri yang berpelajaran mungkin.


Nota kaki:

-Menghukum semua manusia dengan aras ukuran yang sama pasti tidak adil. Setiap etnik dan bangsa pasti ada yang baik dan pasti ada yang kurang ajar.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...