Sila masuk

Thursday, January 21, 2010

Air mata menitis...


Paklang Bi

1- Beberapa hari lalu tersentak sang perasaan tatkala terbaca di akhbar kisah sang anak meninggalkan bapanya di sebuah perhentian bas.

2- Kebiadaban yang terjadi di Perlis itu, ku ceritakan pada bonda dan ayahanda ketika sama-sama menjamah makan malam. Orang tua itu baru keluar dari Hospital Pulau Pinang. Dia baru sahaja menjalani pembedahan jantung.

3-Kebetulan pula petang itu aku, bonda, ayahanda dan paklang (abangku yang down sindrom) baru pulang dari Hospital P.Pinang. Paklang disahkan mengalami selaput pada matanya.Panjang lebar aku bercerita..menimbulkan keasyikan bonda dan ayahandaku mendengarnya.


4- Suasana terdiam seketika, " Anak kita tak buat kot macam tu ayahnya noo", perlahan bercambur sedu nada bonda mengajukannya pada ayahanda. Aku tersebak mendengarnya, "Ya Allah mak, tak buat macam tu insyaAllah," mengiring bersama hati kecil mendoakan tidak melakukan seperti sang anak di Perlis itu."Kejamnya dia, macam mana dia sanggup buat begitu", getus sang hati.

5- Hari ini.."Ada lagi", "Belasah bapa tak hulur RM1j; Anak Setan", headline Harian Metro untuk hari ini..,"Anak mangsa yang memukul dan meminta wang RM1 juta daripada mangsa sedang menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan di India", petikan. Zaman sudah berubah..nilai ibu dan ayah sudah terhakis di mata sang anak.

6- Rasulullah S.A.W pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua tentang anaknya yang menderhaka seraya berkata, "Wahai Rasulullah, anakku telah ku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku".

7- Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:


"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang memberimu makan.
Engkau minum juga aku yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,
aku berjaga semalaman.
Kerana sakitmu itu
aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa
dan mencapai cita-citamu.
Kulihat pada dirimu
apa yang tak kuharapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan".

8- Berlinangan mata Rasulullah S.A.W. dengan manik-manik jernih berguguran tatkala mendengar bait-bait syair lelaki tua itu lalu bersabda: " Kamu dan hartamu milik ayahmu".

9- Berdasarkan hadis ini jualah, dibolehkan oleh ibu atau bapa untuk mengambil sesuatu dari anaknya tanpa izin terlebih dahulu berdasarkan kondisi-kondisi seperti di atas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...