Sila masuk

Friday, February 12, 2010

Terus diserang..

Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan Maulidur Rasul

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang @utusan.com.my

PULAU PINANG 11 Feb. - Tindakan kerajaan negeri membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang dibuat setiap tahun amat dikesali.

Nah..muka depan sekali..lagi kena serang..tak habis-habis. Aku yang terbaca Utusan Online di ofis terkejut kerana keputusan yang dibuat oleh Yb Exco Agama hanya sebagai kelainan sambutan rupa-rupanya menjadi peluru sesat yang dibidik oleh musuh politik. Tiada hasrat tersirat kerajaan negeri untuk mengesampingkan kepentingan orang Islam atau Melayu di Pulau Pinang. Sedangkan perarakan Maulidur Rasul hanyalah merupakan suatu tradisi dalam negara kita dan ia bukanlah suatu kesalahan dalam agama jika tidak mengadakannya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan urusetia sambutannya ialah JHEAIPP telah mengambil inisiatif baru iaitu dengan mengadakan pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah Di Masjid Negeri pada 27 dan 28 Feb, suatu usaha tulus murni yang ternyata lebih mulia berbanding sambutan perarakan. Namun yang baik itulah dipejamkan mata oleh musuh politik.

Sudah berpuluh tahun sambutan perarakan menjadi tradisi , namun sejauh manakah kesannya ke arah memupuk rasa cinta kepada Baginda Nabi S.A.W.? Apakah iman kita makin kuat selepas berarak? Apakah ilmu kita makin bertambah selepas menyertai perarakan?Kalau ada suatu alternatif lain yang boleh menambah rasa cinta dan sayang pada insan mulia ini, adalah lebih baik alternatif tersebut dilaksanakan.

Namun, kalau dinamakan politik, setiap inci ruang yang boleh mengubah persepsi akan dipergunakan demi kepentingan politik.

Nota kaki:
Terkini, Kerajaan Negeri akan mengadakan kembali perarakan sambutan Maulidur Rasul 2010 menurut arahan yang dikeluarkan oleh YB Exco Agama.
"Tewas pada tekanan walau baru beberapa jam keluar di muka hadapan Utusan Malaysia", tayartubeless.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...