Sila masuk

Tuesday, February 23, 2010

Nas dalam agama tidaklah kaku..


Puan Isma (bukan nama sebenar) hadir bersama birasnya mengadu mengenai suaminya En. Azman (bukan nama sebenarnya) tentang kelalaian suaminya sejak tahun 2000 memberikan nafkah zahir dan batin terhadapnya walaupun untuk anak-anak dan isi dapur masih diberikan. Namun semenjak 3 tahun kebelakangan ini, En. Azman sudah mula culas terhadap nafkah anak-anak dan untuk isi dapur. Namun sejak 3 bulan yang lalu, En. Azman sudah keluar rumah dan tinggal di rumah bujang dan tidak pulang-pulang ke rumah. Setelah diselidiki, En. Azman merupakan orang surau dan selalu berjemaah dan menghadiri kuliah agama di surau berdekatan manakala Puan Isma seorang yang agak sosial dengan kening bercukur dan rambutnya diwarnakan. Tambahan pula solatnya selalu diabaikan.


Setelah aduan diterima, aku dapat merasai suatu perasaan yang kebanyakannya dirasai oleh orang-orang agama terhadap isteri yang tidak taat pada perintah agama. Suatu perasaan yang complicated dan bercampur-campur. " Mungkin suami puan rasa tawar hati sebab situasi puan tak macam yang dia nak", telah aku. "Saya pun rasa macam tu", Puan Isma mengiyakan sambil aku menekankannya tentang tanggungjawab menunaikan solat. Pengabaian solat merupakan titik tolak bermulanya segala masalah. Dia mengangguk mengakui kekurangannya sambil aku juga menyatakan ada beberapa missunderstanding oleh si suami tentang ajaran agama yang perlu diperbetulkan.

"Tapi ustaz kena hati-hati, dia ni pandai cakap", Puan Isma memberi gambaran suaminya sambil dia menambah,

"Saya memang dah takdak hati dengan dia ustaz",

Tak pa..tak pa..apa-apa pun kita bersemuka dulu, kalau boleh diselamatkan kita cuba selamat, kalau perlu nasihat saya akan nasihat suami puan".


Temujanji disepakati pada minggu berikutnya untuk kedua-duanya hadir untuk satu sesi khidmat nasihat dan bimbingan. Kedua-duanya perlu hadir.


10 pagi, Jumaat, 29 Januari 10....


Encik Azman tiba dahulu, berkopiah dan berjanggut. Suatu imej yang sangat familiar denganku. Sementara menunggu dia berkata-kata berdentum-dentam, betul kata isterinya..pandai berkata-kata,

aku sekadar berdiam..mencelah sekali sekala sambil menilai wataknya.


Si isteri tiba..,mempersilakan Puan Isma duduk bersebelahan suaminya...kejanggalan terserlah...menandakan sudah lama kemesraan antara mereka pupus. Tiada sapaan walaupun sudah 3 bulan mereka tidak bersua muka.


Seusai memulakan sesi dengan al-fatihah dan selawat, aku memperkenalkan diri dan bertanyakan khabar sebagai prosedur biasa khidmat nasihat. Kemudian..aduan isteri dibacakan satu persatu sambil si suami tersenyum-senyum sinis seakan dia sudah jawapan yang akan mematahkan aduan isterinya.


"Apa yang no 1 ustaz?", bertanya lagi sekali walaupun belum sempat aku menyerahkan padanya untuk menjawab.

"Encik Azman sejak tahun 2000 tidak memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri", aku membalas.

"Ustaz", En Azman memulakan dengan nada ingin menduga.

"Ustaz tahukan hadis Nabi yang berbunyi..Sekiranya isteri kamu derhaka hendaklah kamu memukulnya..Sekiranya dia masih derhaka hendaklah dipisahkan tempat tidur?", dia menjawab dalam bentuk pertanyaan.

Begitu pantas aku menafsir bahawa tindakannya keluar rumah tanpa memberika nafkah batin adalah sebagai satu adaptasi dari memisahkan tempat tidur.

"Ya..tahu..".
"Habis tu, hadis tu nak letak mana?", bijak dia berkata-kata.
"Encik Azman, hadis nabi yang berbentuk panduan sebegitu tujuannya apa?", soalan berbalas soalan. " Untuk menyelesaikan masalah bukan?, soalan ku aku aku yang jawab.
"Ya".
"Jadi masalah isteri Encik Azman yang Encik kata derhaka tu selesai ke tidak?", aku bertanya lagi.
"Tak".
"Macam inilah, kita perlu melihat sesuatu hadis nabi dalam lingkup yang luas, jangan terlalu terikat dengan sepatah demi sepatah. Kalau seorang isteri itu ada 'makan luar' dan dia dikira derhaka, Encik 10 kali tak tidur dengan dia pun dia tak kisah. Setuju?".
"Ya",
perlahan sambil mengangguk.

"Apakah tidak ada suruhan untuk bercakap lemah lembut dengan anak dan isteri, menyuruh mereka buat kebaikan dengan lemah lembut dah hikmah...Selama Encik kahwin dah 20 tahun ni ada tak Encik buat?",
"Suami puan buat tak macam tu?",
soalan dialihkan kepada si isteri walhal aku sudah tahu latar belakang si suami.
"Tak pernah ustaz", Puan Isma menjawab.
"Kalau macam itu, kalau suami puan ajak puan solat dengan lemah lembut..sayang..sayang..jom pi solat..satgi la sambung tengok tv balik..,Puan boleh terima tak?".
"InsyaAllah boleh ustaz, tapi sejak kahwin dia tak pernah cakap elok-elok dengan saya".

Menyerlahkan sikap sebenar si suami yang terlepas pandang kebaikan yang dianggap kecil tetapi teramat besar manfaat. Lembu sekalipun tatkala hendak dikorbankan..awal-awal lagi dah provoke..pasti dia akan naik minyak. Apatah lagi manusia yang ada akal fikiran dan hati. Sering kali nas dalam agama difahami dalam skop yang begitu kecil sehingga memungkinkan tiada penghujung sesuatu permasalahan atau lebih mengusutkan lagi.

Perbualan sejenak di atas adalah intipati dalam 10 minit terawal dalam sesi khidmat nasihat pada hari itu yang telah berlanjutan ke satu jam setengah. Kedatangan mereka pada awal sesi dengan lagak bagai tidak pernah mengenali satu sama lain telah berakhir dengan mereka bersentuhan tahan bersalaman memohon kemaafan dengan linangan dan esakan air mata lantaran menyedari kealpaan mengemudi bahtera dek kerana kefahaman yang salah si suami terhadap nas agama. Beberapa isu kesalahfahaman tentang nas agama atau memahami nas dalam ertikata harfin bi harfin mengisi sengkang waktu satu jam setengah tersebut..dirungkai dan dimurnikan kembali dengan harapan rumahtangga yang dibina sejak 20 tahun dulu kembali pulih dan dapat diselamatkan.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...