Sila masuk

Sunday, November 16, 2008

Kenduri cikgu India-Kristian

1-Terpendam beberapa ketika satu pengalaman yang dialami minggu lepas. Dek kerana kesibukan siang hari dan kepenatan di malam hari dan ketiduran yang menyedapkan di larut malam hingga ke awal pagi.

2-8 November aku dijemput oleh Ms. Esther ke majlis perkahwinan anak perempuannya Jethiya dan Reegan.

3-Sebulan sebelum itu............., "Cikgu Mansur, ini saya jemput ke kenduri kahwin anak perempuan saya", ujar Ms. Esther guru pencen sekolah kerajaan kepadaku sambil menghulurkan kad kahwin yang berurai-urai dengan tali-tali perhiasan. "8 November depan. "Besok cikgu confirm sama saya mau hadir ke tidak. Sebab kita booking meja", sambung Ms. Esther. "Ok baik cikgu", balasku ringkas sambil dalam kepalaku tiada apa-apa masalah menghadiri majlis tersebut.

4-Keesokannya...,"Cikgu Mansur, macam mana aa..?hadir atau tidak kenduri saya?", tanya cikgu India beragama Kristian itu kepadaku ketika bersama di dalam bilik guru. "Iya, saya hadir". "Ini saya tulis nama cikgu aaa, dinner di Dewan Sivik kan cikgu", sambung Ms. Esther. "Ya ya..Dewan Sivik bukan gereja", jawab ku sambil didengari oleh beberapa guru-guru lain. "Cikgu Ina (bukan nama sebenar)..hadir ke tidak?", kedengaran Ms. Esther bertanya kepastian dari Kak Ina yang meja mereka bertentangan. "Oh..saya 8 haribulan ada hal dengan suami saya la Ms. Esther", jawab Cikgu Ina. "Alasan agaknya", persis hatiku. "Cikgu Min (juga bukan nama sebenar)..macam mana?", tanya Ms. Ester pula kepada Kak Min yang tempat duduk mereka bersebelahan. "Saya pun ada hal jugak 8 haribulan tu, suami saya ada dah ada plan untuk kami". Jawab Kak Liza. "Jawapan standard nampak diaorang ni, tak apalah, depa tak pi aku pi, bukan ada masalah pun", telah hatiku.

5-Selepas itu di luar bilik guru. "Ustaz pi ka kenduri Ms.Esther?", tanya Kak Min kepastian dan kemungkinan jugak kepelikan kepadaku. "Ya..just attend je", jawabku tanpa keraguan ketika itu.

6-Namun beberapa hari selepas itu keraguan melanda diriku. "Haa..hadir memang tidak ada masalah, tapi macam mana dengan makanan?Apa yang diaorang serve?Aku dah confirm dengan cikgu tu ni..", tuturku berkongsi keraguan dengan teman serumah. "Alah..kau tanya la dia terus terang pasal makanan, ada particular food untuk Muslim tak", respon Hamid. "Aku bukan tak mau tanya tapi soalan tu macam tak patut pulak nak tanya", balasku. "Tu common basic la..semua bukan Islam faham pasal tu. Tak ada masalahnyer kau tanya pun". balas Hamid lagi. "Yeke??", aku meminta kepastian tentang ketiadaan masalah mengajukan soalan tentang makanan. "Iyer..."

7-Keesokannya. Tekad hatiku hendak bertanyakan soalan itu kepada Ms. Esther. Di dalam pantry. "Ms. Esther, kenduri nanti ada particular food tak untuk Muslim?, tanyaku teragak-teragak. "Ohh hehehehe..", tergelak dia seketika. "Cikgu jangan risau la..itu makanan semua halal..kita faham pasal itu..", jawab Ms. Esther. "Bagus la cikgu tanya tu", sambung Ms. Esther sambil tersenyum. Jawapannya membuat aku yakin. Ya aku datang.

8-Pada 8 November itu..ketika on the way ke Dewan Sivik Pj, aku merasakan aku menjadi duta kecil Islam bagi menunjukkan agama Islam bukanlah agama yang menghalang bagi menghadiri majlis kenduri agama lain. Dalam masa sama aku merupakan guru agama di sekolah tersebut yang majoritinya adalah murid dan guru bukan Muslim. Aku amat yakin segala tindak tandukku akan menunjukkan gambaran sebenar Islam kepada mereka. Penting untuk aku untuk menunjukkan kepada guru-guru bukan Islam bahawa Islam bukanlah agama yang rigid. Hatta majlis kenduri kahwin colleague pun tak boleh hadir. Iya, sepanjang pengajianku, tidak pernah aku menjumpai halangan dari nas-nas qat'ie tentang perkara ini. Aku teramat yakin, cikgu-cikgu Muslim tiada yang hadir dan kemungkinan dan kepelikan jugak semua cikgu Muslim masing-masing ada hal pada hari yang sama. Cuma..masalahnya satu ..iaitu makanan. Aku mesti bijak memilih makanan yang betul. Sayur mesti ada. Kalau hanya ada ayam dan daging, aku akan hanya makan sayur dan nasi. Sebab keraguan dalam kepala aku hanya tentang penyembelihan ayam dan lembu sahaja. Kalau ada ikan aku akan ambil ikan dan sayur. Ini penting untuk mencari jalan keluar dari Syubhah. Sebab ikan dan sayur pasti tidak ada keraguan.

9-Pork?? Caterer yang diambil itu aku dah check hasil maklumat tak langsung Ms. Esther merupakan caterer yang pelanggan-pelanggan dan event- event mereka adalah bersifat nasional. Mydin, Maxis, Digi, Tun Mahathir. Aku yakin caterer yang bersifat nasioanal mereka tidak menyediakan pork sebagai menu dan bekas makanan periuk, kuali pinggan dan sebagainya tidak menimbulkan keraguan dan syak wasangka. Dan hasil pemeriksaan aku di website mereka, tiada dalam senarai menu mereka adalah pork.

9-Menurut maklumat yang aku dapat dari Mr. Mervin, upacara keagamaan biasanya tidak akan diadakan ketika dinner . Semuanya telah dilakukan di gereja pada siang harinya. Selamat dah aku. Kalau ada pun upacara keagamaan di situ, penting untuk aku tidak mengambil bahagian dan perhatian sebagai tanda tidak menunjukkan keredhaan atas apa yang mereka lakukan. Sebab di dalam Islam mengambil bahagian atau menunjukkana minat dalam upacara agama lain adalah satu dosa besar iaitu syirik.

10- Setibanya aku di Dewan Sivik, memang betul seorang cikgu Melayu pun tidak ada. Alhamdulillah, sebagai seorang guru agama di Sri Nobel, aku merasakan aku telah melakukan sesuatu yang betul sebagai menunjukkan tasamuh Islam dan penghormatan Islam terhadap hak-hak beragama agama lain.


11-Beberapa rakan sekerja seakan kaget dan terkejut dengan kehadiranku. Mungkin seakan sudah ada persepsi bagi mereka kenduri non-muslim tidak akan dihadiri oleh Muslim. Alhamdulillah, aku mengharapkan persepsi mereka berubah. Soal makanan alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang dalam kepala. Dan kelihatan mereka sangat menghargai kehadiranku sebagai seorang Muslim di situ.

12-Ahamdulillah juga kerana aku merasakan aku telah menunjukkan Islam yang sebenar pada mereka yang semuanya bertitik tolak dari kefahaman dan ilmu pengetahuan yang jelas tentang agama suci ini.

13-Hidup bukan hanya memerlukan ilmu tetapi memerlukan kebijakan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan kerana pengaplikasian ilmu sememamangnya tiada dalam silibus pengajian.

1 comment:

oozing87 said...

tahniah..
teruskan menjadi duta utk islam

~encounter an issue when a muslim derma wang pada sami buddha. niatnya nk tunjuk y islam ni bkn agama y rigid. kita bntu semu orang.semoga dia bt mkn wang tu, bkn utk bina kuil..huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...