Sila masuk

Wednesday, November 19, 2008

Antara tol dan minyak..diskaun dan harga lantai..


1-Nampaknya sehari dua ini, beberapa perkembangan menarik berlaku dalam negara. Semalam media arus perdana begitu bangga menyiarkan tindakan plus memberikan diskaun kepada pengguna lebuhrayanya sebagai sesuatu yang bersejarah dalam negara dan patut dicontohi oleh pengendali-pengedali lebuhraya lain. Hebat sungguh plus. Tahn*** aku ucapkan but only half word kerana anda merupakan contoh terbaik dari segi ketidakikhlasan memberi.

2-2 hari lepas juga kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak buat kali kelima sejak Jun lalu. 15 sen diturunkan kepada RM 2. Aku pasti, ramai yang tidak berpuas hati. Bukan tidak berterima kasih tetapi half word jugak. "Terim* ka***", kata hatiku. Ini kerana berdasarkan perkiraan, kerajaan mampu menurunkan lebih daripada itu kerana harga minyak berada pada paras bawah 60 USD setong. Tetapi 15 sen juga jadi pilihan ternyata kerajaan Malaysia ialah "kerajaan 15 sen".

3- Masih segar kenyataan Menteri Shahril Samad bulan lepas. Katanya, harga minyak boleh kembali pada paras asal iaitu RM 1.92 seliter sekiranya ia berada pada paras bawah 72 USD. Tetapi ternyata dia juga berbakat dari segi ilmu kekelentongan. Tahniah la Dato'. Namun ketika mengulas penurunan harga minyak semalam, beliau membayangkan idea penetapan harga lantai bagi petrol memandangkan trend penurunan harganya yang sangat galak. "Huh..!!",dengus hatiku. "Masa minyak melambung naik, tak dak pulak nak tetap harga langit", ulas housemateku ketika sedang menonton ulasannya di Buletin Utama. Aku terfikir, apa yang ada dalam otak seorang menteri sebegini. "Agaknya, nak jadi menteri..kena kedekut kot..baru boleh jadi menteri..", balasku kepada si housemate.


4-Kembali kepada diskaun tol, ternyata Plus juga terikut-ikut dengan idea haji bakhil syarikat telekomunikasi yang menawarkan diskaun panggilan pada larut malam. Kalau di universiti dahulu, ramai kawan-kawan yang sanggup "berqiamullail" semata-mata untuk mendapatkan kos bergayut yang murah sehingga terkantoi Subuh dan kelas pukul 8, tidak mustahil idea Plus ini juga bakal mengundang kemalangan jalan raya yang banyak kerana Pakej Kedua PLus iaitu menawarkan diskaun pada musim perayaan juga pada waktu yang sama 12 malam hingga 7 pagi. Sudah pastilah perjalanan waktu malam bakal menjadi pilihan di musim perayaan dan lebuhraya bakal menjadi "sungai kereta gelap".Sepatutnya perjalanan pada waktu malam di lebuhraya patut dikurangkan. Yang pasti idea sebegini bukanlah idea yang bijaksana.

5-Pakej Pertama Plus, walaupun dilaksanakan setiap hari ternyata ia tidak memberi manfaat kepada kebanyakan rakyat. Hanya mereka yang emergency sahaja terpaksa melakukan perjalanan pada malam hari pada weekdays. Persoalannya, apakah mereka merasakan idea mereka itu terlalu bijak?. Kita memahami sebagai sebuah syarikat yang menjalankan operasi harian, mereka memerlukan keuntungan untuk memastikan operasi itu berjalan lancar. Namun biarlah idea diskaun itu mencerminkan kesungguhan kalian untuk melaksanakan tanggungjawab sosial.

6-Pada perkiraanku, sekiranya pihak plus melaksanakan diskaun pada musim perayaan pada tempoh waktu yang logikal ataupun diskaun harian dilanjutkan tempohnya sehingga pukul 8 pagi ternyata ia akan lebih dihargai oleh rakyat jelata kerana ia bakal menggalakkan pekerja sampai awal di tempat kerja berbanding sekarang ia mungkin menggalakkan pemandu mengantuk di jalan raya dek tidur yang tidak cukup demi mengejar diskaun yang tak seberapa. Ternyata usaha plus mencerminkan attitude haji bakhil yang nyata.

7-Kita tunggu, apakah pengendali lebuhraya lain akan mencontohi Plus Haji Bakhil ini atau mereka akan mengutarakan idea yang lebih bijak dan bermanfaat untuk rakyat kebanyakan.

8-Plus Haji Bakhil Kongolomerat di Malaysia Raya bukan contoh terbaik namun terim* ka*** aku ucapkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...