Sila masuk

Thursday, October 30, 2008

Highway metramac dan jurutolnya..

1-Tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon hari ini di Dewan Rakyat berkaitan hasrat kerajaan untuk menempatkan OKU sebagai pemberi tiket di tol-tol lebuhraya.

2-Ini merupakan satu hasrat yang amat baik dan amat dialu-alukan. Dan perbincangan akan dijalankan antara pihak kerajaan dan pihak pengendali lebuhraya terbesar Malaysia plus dengan harapan Plus akan memberi sokongan hasrat kerajaan tersebut.

3-Bagi pengguna yang pernah melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat kendalian Metramac Copporation, perkara ini bukanlah suatu perkara baru. Lebuhraya yang menghubungkan antara Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Cheras Kajang itu terlebih dahulu ke hadapan dalam menzahirkan tanggungjawab sosial mereka. Mereka yang pertama kali menggunakan Lebuhraya itu pasti akan perasan dengan mudah bahawa pengendali-pengendali tolnya bukanlah terdiri dari anak gadis yang cute mute.

4-Itulah yang aku perasan tatkala pertama kali melalui tol selepas berpindah ke Cheras Baru dan ia merupakan laluan favouriteku untuk ke tempat kerja di Kelana Jaya. Jurutol pertama yang mencuit rasa perasanku itu ialah seorang wanita separuh abad yang pada hematku seusia atau muda sedikit dari ibuku. Terkejut.."Seorang makcik jaga tol??, Tak pernah jumpa ni!!", spontan mulaku bersuara menzahirkan kepelikan yang pertama kali ditemui. Iya..itulah realitinya.

5-Selepas beberapa kali melaluinya, beberapa watak berlainan ku temui di situ. Seorang pakcik yang bergerutu mukanya mungkin disebabkan penyakit, seorang kakak yang hanya memiliki jari kelingking sahaja, jari kelingking itulah yang selalu mengorek tapak tanganku tatkala mengambil bayaran tol dariku, seorang abang yang tertera logo orang pekak di nametagenya dan beberapa wanita yang tidak zahir apa kekurangan yang mereka ada. Barangkali mereka itu manusia sempurna.

6-Tugas mereka amat mudah. Hanya mengambil bayaran tol dan mengembalikan bakinya jika ada dalam keadaan duduk. Merewang fikiranku memikirkan nasib beberapa makcik yang tidak berpelajaran dan OKU lain yang kerja mereka amat memenatkan seperti cleaner. Nasib jurutol-jurutol in ternyata amat beruntung. Namun bilangan mereka hanya beberapa orang di situ.

7-Sebab itulah tatkala membaca laporan media berkaitan kenyataan timbalan menteri itu di Dewan Rakyat hari ini, aku amat mengalu-alukan usaha tersebut.

8-Kalau sebelum ini dari utara hingga ke selatan tanahair, amat mustahil untuk menjumpai golongan OKU atau pakcik dan makcik di tol-tol lebuhraya..namun kemungkinan selepas ini kita dengan mudah akan menemuinya. Lega mereka juga mampu meraih sesuap nasi dengan kemampuan terhad yang diberikan Tuhan. Itupun kalau Plus ada hati dan perut untuk menyambut hasrat kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.


9-Hidup perlu berbakti walau siapa pun kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...