Sila masuk

Monday, November 17, 2008

Dr. Asri bakal Ex-Mufti,berlapang dada walau mereka menyempitkan dada mereka untuk kita

1- 10 tahun dahululah pertama kali aku mengenali insan ini. Video debat antaranya dan Astora Jabat ditayangkan oleh uztazku, Zurin namanya. Tatkala itu aku baru di tingkatan 3. Kagum..!! itulah persepsi utamaku terhadap beliau dek kerana kebijakan dan kepetahannya mengutarakan hujah. Tak terpanggung Astora dalam siri debat itu. Habis kelu lidahnya untuk membalas. Lantaran ketika itu kerana tulisan Astora yang terang-terangan mengelirukan pembaca tentang agama. Membuak-buak kebencian terhadap penulis kelahiran siam itu.

2- Beberapa tahun kemudian, selepas peperiksaan SPM aku menghabiskan masa di rumah. Waktu senggang maghrib dan Isyak tempatnya ialah di surau berhampiran. Adalah beberapa ustaz pondok berhampiran hadir membaca kitab. Aku tumpang mendengar. Untuk diriku, Ustaz Asyaari dari Pondok Lanai adalah orang pertama yang aku dengar mengkritik Ustaz Asri yang ketika itu belum bergelar Dr. Aku pelik dengan kritikan tersebut. Padahal Ustaz Asri Zainal Abidin ketika itu adalah seorang ustaz yang sangat berkaliber. "Ahh..orang pondok ni tau komen sahaja",keluh hatiku.


3-Kemudian aku meneruskan pengajian ke "madrasah" seterusnya bagi peringkat diploma. Di sinilah aku baru mengenali Ustaz Asri dan aliran pemikirannya. Barulah saat ini aku agreed dengan kritikan Ustaz Asyaari Pondok Lanai. Baru ku kenal siapa Dr. Asri namun ibarat buah yang belum masak itulah perumpamaanku ketika itu. Pada fatrah inilah aliran beliau mendapat tempat yang seluas-luasnya di Majalah I . Muak dengan idea-idea salafi mereka dan kritikan-kririkan keras meraka terhadap apa yang dikatakan bid'ah.

4-Ke Ardun Kinanah, makin banyak input dan material berkaitan Dr. Asri yang ketika itu sudah pun meraih Phd. Pengajian oleh Syeikh Nurudin, cd debat itu ini lah bermacam-macam lagi. Jiwaku masih kurang senang dengannya.

5-Kembali menyambung pengajian di "Taman Ilmu dan Budi", makin terdedah aku dengan golongan salafi malaysia. Tindak tanduk mereka amat tidak menyenangkan. Kesempatan menghadiri program Tajdid di Auditorium Utama yang mana antara panelnya ialah Dr Asri yang ketika itu sudah menjawat jawatan mufti Darus Sunnah. Baru aku kenal siapa dia yang sebenarnya. Hujahnya mantap dan bagus, kepetahannya mengkagumkan cuma yang membuatkan aku "kureng" dengan beliau ialah gaya dan lagaknya. Bagiku, sepatutnya orang yang alim dan tinggi ilmunya mesti ada sifat rendah diri dan tawadhuk. Hatta dalam mengkritik orang lain pun, intonasi dan bahasa mencerminkan kerendahan diri seseorang yang alim. Itu sahaja yang membuatkan aku tidak senang dengan beliau.

6-Sebagai mufti, beliau juga ada kalanya secara sembrono dan tanpa bukti yang kukuh juga menghemtam sesuatu pihak. Itulah yang tersebat dalam youtube ketika beliau mengkritik golongan habaib terutamanya Habib Umar. Aku begitu jelak dengan keletah si mufti ini dalam hal ini.

7-Namun beberapa ketika, idea-idea beliau yang lantang dan kritis yang bersifat nasional membuatkan kejelakanku terhadapnya susut demi susut. Komennya terhadap ISA berkaitan penahanan Raja Petra amat tepat dan lantang sekali. "Islam tidak memerlukan akta zalim untuk mempertahankan kesuciannya, Islam itu sendiri sudah cukup untuk mempertahankannya". Timbul selepas reason kerajaan menahan Raja Petra adalam kerana artikelnya yang didakwa menghina Islam. Begitu juga kritikannya terhadap kelemahan Jakim dan hala tujunya yang lemah dalam memperkasakan Ummah. Dan beberapa isu lain....Ada betulnya apa yang diutarakan oleh Tuan Dr ini. Aku perlukan stand baru terhadap beliau. Kemungkinan buah sudah masak dan setiap orang perlukan own stand terhadap sesuatu perkara.

8-Bukan bermakna aku menyetujui kesemua idea-ideanya terutama idea salaf mereka namun terdapat idea-idea yang tidak berkaitan patut di ambil dan dicontohi.

9-Namun terbaru, pendapatnya tentang "Sajak Kematian" amat tidak disenangi oleh kalbuku. Khurafat katanya. Khurafatkah kalau perkara itu memang benar-benar diceritakan oleh hadis-hadis Nabi? Khurafatkah kalau adanya seksa kubur memang menjadi pegangan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah? Sedangkan kesepakatan besar di kalangan ulama tentang adanya seksa kubur selepas kematian. Cuma yang agak berlainan dalam 'Sajak Kematian' itu ialah ia dijelmakan dalam bentuk lakon semula dan divideokan. Bagiku tidak ada salahnya cara seumpama itu selagi mana ia memang selari apa yang pernah disebutkan oleh Nabi. Yang menjadi kesalahan dan larangan mutlak ialah kita melakonkan dan membayangkan apa-apa yang berkaitan dengan Allah S.W.T baik dari segi zat Allah, sifatNya dan perbuatanNya. Perlunya penjelasan lanjut Dr. Asri tentang apa yang dikatakannya khurafat.

9-Walaubagaimanapun bagiku terhadap insan bergelar Dr ini, kita ambil yang baik dan tinggalkan mana yang tidak baik untuk kita. Jangan terlampau jumud sehingga disebabkan tidak suka pada seseorang namanya pun kita tidak mahu dengar.Apa yang mereka selalu hentam terhadap aliran Asyaari pasti tetap ku ingat tapi tidak sampai ke tahap idea-idea bagus mereka ku tolak tepi.

10-Berlapang dada walaupun mereka menyempitkan dada mereka untuk kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...