Sila masuk

Friday, September 26, 2008

Teacher..you believe Islam aaa..??Why you don't believe Cristian??

1-"Krinnnnnnnnnnnnnnnnnnggggg...",bingit telinga disumbat bunyi loceng yang galak berdering mahu memberitahu sekarang ialah dismissal time. Masing-masing sibuk bergerak ke sana ke sini. Cikgu-cikgu masing bergerak untuk melakukan duty. Budak-budak pulak sibuk bercakap-cakap sambil berjalan turun bagaikan murai di dalam kawanannya.

2-Dalam kesibukan itu,"Teacher..you believe Islam aa?",tanya Woon Jia Le murid tahun Primary 2 Destiny tiba-tiba kepada aku ketika aku sedang melintasi barisan kelasnya. Langkah ku terhenti,"Yes..why?", terkejut langsung spontan membalas kembali persoalan. "Why you don't believe Cristian?", nada suara dan body language seperti pelik dan simpati dengan aku.

3-"Oh..because i was born as a muslim and determined by my Allah to be Muslim because He love me","But..why you don't believe Cristian..?",Jia Le masih mengajukan soalan yang sama.

4-"Why you ask me that question?", aku membalas kembali pertanyaan. "Because..some belief are true and some belief not", langsung aku mengagak jawapannya sebegitu adalah kerana dia mahu mengatakan kepercayaan yang diajarkan kepadanya oleh ibu dan ayahnya adalah kepercayaan yang betul. Merasa simpati dan pelik dengan penganut agama lain adalah kebiasaan yang sering bermain di minda kanak-kanak. Aku juga begitu dahulu. Akal kanak-kanakku yang tidak matang dahulu sering membangkitkan persoalanku "Awat la depa ni jadi cina?", padahal siapakah kita dan bagaimanakah kita sejak lahir adalah merupakan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah.

5-"Yeah..correct but when u already big..do study first every religion then you will know which one is correct and which one is wrong", aku mengajukan saranan kepadanya mengharapkan dia berfikir menggunakan akal yang dikurniakan Tuhanku Rabbul Izzati.

6-Perbualan ringkasku itu membawa akalku terfikir.."Oh rupa-rupanya..orang-orang non-muslim juga telah menyemai anak-anak mereka dengan sesuatu belief sedari usia mereka masih mentah..sudah semestinya itu merupakan tanggugjawab mereka..namun Muslim sendiri macam ini kah?".

7-Sebetulnya terlalu ramai Muslims yang cuai dalam mendidik anak-anak mereka tentang Agama. Makin luas lingkup pergaulan kita..pasti kita akan temui Muslim yang sebegitu..itulah yang aku telah temui dan sedang temui..

8-Sangat menyedihkan...

4 comments:

iKHMAR said...

salam perkenalan...

JEFFROCKERS said...

Jia Lee anak yang cerdas. Insya Allah makin di aberfikir makin terbuka kebenaran buat dirinya. Mudah-mudahan.

Anonymous said...

salam.
saya pun ada dengar nama ustaz mansur sblm ni
saya skarang ni mengajar bm secondary 1,2,3 di sri nobel
budak2 secondary pun tak terkecuali bertanya apa2 shj yg mereka ingin tahu..
soalan paling glemer ialah 'kenapa cikgu pakai tudung?'
bila saya jawab 'compulsory utk wanita muslim'
tp bila mereka argue 'knp ade jugak cikgu melayu tak pakai tudung?' berselirat jugak wayar2 dlm otak nk menjawabnya.. last2 sy bg jwpn camni jer 'cikgu percaya setiap agama menekankan perkara yg baik.setiap agama juga mengharamkan seks sebelum perkahwinan.tapi,masih ada yg melanggar peraturan.'
alhamdulillah mereka faham..

Anonymous said...

tak kurang yg tanya kesannya jika tak pakai tudung..
jenuh saya nk menjawab...sbb kena explain dari segi hukum..tmasukla rukun iman pcaya pada hari akhirat...
bile mereka kata itu ridiculous saya mcm nk marah tp x jadi sbb mereka bukan islam...
yg bagusnya non muslim teacher kat sri nobel ni diorang respek agama kita
even makan minum pun dorang jaga sbb dorang tahu...
cuma minda org kita ni masih lagi di takuk lama....
thn kedua di sri nobel mbuatkan saya makin syg sekolah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...