Sila masuk

Saturday, September 20, 2008

Allah amat suka yang kanan-kanan..

1-Ramadham memang betul bulan rahmat. Aneka jenis makanan untuk berbuka boleh didapati di mana-mana samada berbayar atau no charge. Sedap atau tidak itu lain cerita.

2-Berwatakkan orang bujang plus tiada masa untuk memasak dan pergi bazar dek penat dan lewat balik dari kerja, masjid ialah tempat yang paling relevan untuk mengisi sang perut yang seharian kosong. Seakan diari tidak bertulis, ada sahaja pelan untuk ke masjid mana hari ini sekiranya tidak ada janji berbuka dengan "someone". Kebanyakan masjid yang tip top di Hutan Batu sudah menerima kunjunganku..Apakah selepas ini aku akan masih mengunjungi kalian?

3-Pengalaman berbuka di sebuah masjid baru yang putih berseri di Jalan Hang Tuah baru-baru ini mendorongku untuk berkongsi sesuatu yang kadang-kadang dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi teramat besar gedebak di sisi Allah Yang Maha Pengasih. Bukan pengalaman baru, sudah berkali-kali dialami namun kemungkinan maklumat yang segar tidak singgah ditelinga mereka.

4-Seusai solat Maghrib baru dijemput jemaah untuk menjamah jamuan berat. Sebelum solat hanya dibekalkan kurma dan air. Kemungkinan bagi meraikan solat Maghrib yang singkat waktunya dan menggalakkan jemaah untuk turut berjemaah bukan sekadar untuk datang makan.

5-Makan berhidang berempat. Di kiriku seorang yang berumur masih rapi dengan pakaian pejabatnya. Tampak macam berjawatan. Dua yang lain seakan seperti pelajar sekolah. "Kemungkinan mak depa tak siapkan makanan agaknya", nakal hatiku.Program mengisi perut bermula dan berlangsung tanpa sesi suai kenal. Pusingan awal mengambil lauk berjalan lancar. Namun pusingan seterusnya agak kurang lancar.

6-Aku seperti biasa walau berapa banyak pusingan ambil lauk sekalipun aku tetap cedok dengan tangan kanan. Sudunya agak kurang bersih mengundang riak kurang senang tuan berpakaian pejabat. Dia meneruskan ambil lauk dan kuah dengan tangan kirinya. Biarpun membuat tangan kirinya juga kurang bersih.

7-Aku tetap dengan pendirianku. Kemungkinan seperti menahan sesuatu di hati, terbit dari mulutnya arahan untuk menyudu kuah dengan tangan kiri. Langsung terus mulutku mengungkap,"Kenape?","Isy..macam tak faham la pulak tuan aku nie",hatiku mengomel."Kotor sudu tu..!!",agak keras jawapannye. "Oh yeke",aku buat-buat betul-betul tidak faham. "Sat..saya nak bagi tau",sambil aku menjilat-jilat jari menghabis sisa di jari dek teringat amalan Baginda S.A.W.

8-"Perkara ni ramai orang tak faham pakcik", frasa ayat memulakan bicara mula terungkap. "Ada hadis Nabi berbunyi Inna Allaha yuhibbut tayaamun, makna dia macam ni, Allah tu suka yang kanan-kanan....". "Iye ler..tapi awak tu dah buat orang lain tak selera nak makan", pintas si tuan berpakaian pejabat mematikan aku meneruskan kata-kata.

9- "Ya ya..pakcik tahu tak Allah suka kita buat setiap perkara yang baik dengan tangan kanan..menyudukan kuah tu makna kita nak makan rezeki yang Dia bagi..perkara ni perkara baik..jadi adab kita dengan rezeki yang dia bagi..kita kena lah ambik dengan tangan kanan". Terdiam seketika si tuan berbaju pejabat. "Tangan kiri ni kita buat 'urusan-urusan rasmi time kat bilik' kecil je pakcik", tersengeh dua orang budak sekolah di sebelah seakan memahami maksudku.

10-"Cuma kotor tu kita boleh minimizekan..jangan gune hujung jari..gune bahagian ibu jari dan jari telunjuk yang ni", sambil aku menunjukkan bahagian ibu jari dan jari telunjuk yang agak bawah yang tidak kotor dengan sisa makanan yang boleh dikepit sudu ."Lagipun kalau kita rasa kotor sekalipun, Nabi cakap aatharul mukminin barkah kesan-kesan orang mukmin tu berkat", menambahkan diam si tuan berpakaian pejabat.

11-"Oh..",ringkas dan bingkas bangun.

12-Terimbau bait huraian Ustaz Lah Isa ketika bersekolah dahulu berkaitan perkara ini, "Apakah kita hendak mendahulukan pandangan dan persepsi manusia dan membelakangkan Allah?".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...