Sila masuk

Thursday, September 18, 2008

tahi ayam kembali hangat..

1-Hasrat yang pernah berkobar-kobar awal 2007 yang lalu kini kembali membakar semangatku. Aku pun dah lupa apa nama blog aku dulu yang aku ingat ehmaar tu menjadi sebahagian dari identiti blog aku waktu itu.

2-Memang betul tahi ayam.. =) Tahi ayam tu jadi sejuk disebabkan pada masa itu aku terpaksa berulang alik ke cc..kadang-kadang2 ke lab..huhh..kadang2 berbulan2 x update sampai satu ketika aku masuk sebagai pengunjung macam rumah usang..x ceria langsung..lantas di log in sebagai pengendali..terus dikuburkan jasad maya blogku itu..

3-Tp sekarang tempat kerjaku and rumah aku dilengkapi dengan alirang sesawang yang begitu baik. Setiap pagi datang kerja dah aku mengadap makhluk ajaib ni..sampai aku terasa apa lagi aku nak buat dengan internet ni..dah habis semua website dan blog yang aku nak masuk dah aku geledahnya..balik rumah pulak..tip tup tip tup melengung jugak aku depan makhluk ajaib ni..sama macam tadi jugak sampai tak tau nak buat apa dah..

4-Langsung hasrat untuk memiliki sebuah halaman sendiri berkumandang di corong dalam telinga macam ada makhluk la pulak yang dok bisik-bisik...huh idea yang bagus..terima kasih sang makhluk...boleh aku bazirkan lagi banyak masa aku depan makhluk ajaib ni..pergi kerja boleh aku curi lagi banyak tulang..,"isyy..x baik curi tulang tu",kata makhluk lain yang baik dalam diriku...aku mengangguk-ngangguk "ya..yaa...aku tak curi tulang pun..makhluk jahat tu saja nak buruk-burukkan hasrat baik aku ni...".

5-Maka terciptalah the birth of ehmaar.blogspot...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...