Sila masuk

Thursday, September 18, 2008

Leteran hati bersambung..

1-Aku teringat dengan sangat jelas sekali,tatkala minyak dinaikkan suatu ketika dulu, alasan YAB Perdana Menteri berkaitan amaun yang dijimatkan itu akan digunakan untuk menaik taraf prasarana pengangkutan awam..,"Bagus sekali",hatiku terdetik ketika itu tanpa memanjangkan akal untuk berfikir. Mencecah puluhan bilion ...

2-Beberapa bulan kemudian aku pulang ke kampung halaman,amat tidak tertahan telingaku menjamah dengusan kemarahan orang kampung biasan dari amarah yang terbuku di dalam hati. "Depa bukan nak pikiaq, orang kampung macam kita ni bukannya kaya pun, anak berceretek,nak bagi makan apa? Apa punya bodo la depa ni", kasar kedengaran leteran Pakcik Awang tukang urus kedai milik koperasi kampung. Satu dari puluhan leteran yang menggetarkan gegendang telingaku. "Agaknya mereka ini sudah semua orang dilontarkan amarah itu, jadi aku yang baru balik ni pun jadi sasaran jugak",mengomel kalbu kecilku.

4-"Ahh..kenapa ngomelan sebegini tidak kedengaran dari orang seksyen 7 Kota Damansara?", hatiku melontar persoalan. "Tengok rumah depa dah la..rumah besaq-besaq. Mesti income bulanan masyuk", jawab akal interpretasiku. "Ya tak ya jugak..aku ini hanya bergaul dengan orang yang kaya-kaya sahaja di Kota Damansara..aku sahaja yang belum kaya",hatiku membidas. "Mereka tu langsung tidak tergugat minyak naik mahal ." Sambung sang hati.

5- Beberapa hari di kampung dan selepas beberapa bulan hasrat PM mahu meningkatkan prasarana pengangkutan awam dikumandangkan, kakiku melangkah ke jalan besar menunggu bas untuk pulang ke Hutan Batu. Tidak ada pilihan. Ayah pula tidak larat nak hantar ke bandar. 2 jam berlalu, batang hidung pakcik bas pun tidak nampak. Bas apa lagi lah. "Ahh..karut..!!improve pengangkutan awam konon".

6- Lama menunggu bertandang juga akhirnya makhluk besar sang kerabat raja jalanan ini. Memijak sahaja tangganya sudah kelihatan cebisan-cebisan sampah menghuni di tepi dinding tangga.."Kotornya...bas kat Kl tak macam ini la.."akal interpretasiku merungut. Terhinggap di pipi kasarku aura penghawa dingin yang berbahang. "Huh..pening tuan aku nanti ni", agak sang akal interpretasi. Punggung melabuh..bertebaran sang debu-debu memberi ruang. Menyakitkan hati...

7-Setibanya di Hutan Batu...suasana pengangkutan awamnya jauh berbeza. Aura penghawa dingin yang nyaman..ketibaan tren yang berjadual..dan kebersihan yang menyenangkan hati membuatkan hatiku membuat kenyataan "Sememangnya pelaburan duit oleh kerajaan untuk membaiki taraf pengangkutan awam hanya memberi kesan ketara kepada penduduk bandar-bandar besar..orang kampung tidak merasai langsung penaikan taraf pengangkutan awam tersebut..apa yang mereka miliki dan guna masih ditakuk lama.

8-Tidak adil....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...