Sila masuk

Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Bakal tenggang moden..


Pagi hari ini..

Seperti biasa ketika sedang bersiap-siap untuk ke office ..siaran Malaysia Hari ini menjadi teman. Sekali sekala..perbincangan mereka menerjah rongga telinga. Saat itu tajuk yang dibualkan ialah Tenggang Moden. Tetamunya ialah Datuk Khairul Anwar seorang pengamal undang-undang mengupas tajuk tersebut dari kaca mata undang-undang.

Suatu yang melekap dan memasuki rongga telinga ialah kata-kata beliau bahawa hubungan anak dan ibu dan bapa pada hari ini adalah berdasarkan material dan wang ringgit. Anak pulang ke kampung halaman hanya sehari dan seketika namun mengumpan jiwa ayah dan bonda dengan pemberian wang ringgit. Walhal ayah dan ibu tidaklah mengharapkan sangat umpanan sebegitu bahkan peruntukan masa yang agak lama adalah teramat memadai. Itu hanya sekelumit..berdozen-dozen lagi kisah ketidakperihatinan sang anak bahkan seumpama tenggang sering kita dengar pada hari ini.


Dua hari lepas..

Ketika sedang membayar pembelian beberapa jenis barangan di satu-satunya kedai runcit yang terdapat di Desa Pinang 2..seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-6 tahun meluru dengan membawa sekotak air yang diambil dari peti sejuk kedai sambil bertanyakan harga dengan suara yang tinggi.

"Seringgit lima kupang..ni tak cukup lagi lima kupang", jawab aunty berbangsa India si penjaga kedai.

"Haaaaaahh..daah tu yang mana yang seringgit..????!!", soal budak itu dengan nada kurang ajar. Terkejut aku dengan nada sebegitu dari seorang kanak-kanak.

Aunty tersebut berjalan ke peti sejuk dan mengambil minuman bertin yang berharga seringgit lalu menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut.

"Ayaq tinnn..!! mana aku mauuu..!!Ahhhhhh..!! aku nak ayaq kotak..!!!", protes budak tersebut tidak bertempat sambil menampar-nampar pintu peti tersebut. Satu reflection yang tidak wajar tambahan penjaga kedai dan dia bukanlah saling kenal-mengenali.

Aku yang dari tadi asyik memerhati....merenungnya dan memandang aunty tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala sebagai makluman tingkah sebegitu adalah amat tidak wajar dilakukan oleh budak kurang ajar itu. Ikut kemahuan..mahu sahaja budak tu aku jerkah dan tak pasal-pasal tangan yang berkondisi biasa terketaq-ketaq.

Bermain di kotak fikiran..di manakah silapnya didikan anak kecil itu. Apakah di rumahnya, itulah jua contoh teladan ibu dan ayahnya? Sudah pasti karekter itu adalah hasil hadaman minda dan fikirannya semenjak lahir masakan dia boleh bertindak begitu.

Andai ibu dan ayahnya tidak peduli akan kekurangan tersebut dan membiarkan dia membesar dengan karakter itu sudah pasti ia akan mewujudkan lagi seorang tenggang dalam tempoh 10-15 tahun akan datang..sang tenggang moden.

Tuesday, January 26, 2010

Mohon kebaikan untuk ibu ayahku

1- Malam Jumaat lalu, aku memandu ke Bank Islam di Lebuh Light. Satu-satunya bank Islam dalam The Heritage Building of City, George Town. Hajat mahu mengeluarkan sejumlah ongkos.

2- Sesampainya disitu kelihatan seorang budak muda termangu-mangu kerana duitnya sebanyak RM 600 tidak keluar namun selepas diperiksa jumlahnya sudah berkurangan. "Sistem Bank Islam down lah ni", getus hatiku.
Pernah aku mengalami nasib menunggu respond dari ATM hampir 5 minit semata-mata untuk keluarkan duit.

3-Masuk seorang lelaki pertengahan umur. Berkemeja agak lusuh dan berkopiah. Mendengar perbualan kami dan menyampuk. Cakapnya agak berdentum dentam..Gah. Sejurus kemudian dia memintaku untuk tolong periksa akaunnya. Aku menerima permintaanya walau dalam hatiku terdetik keraguan.

4-RM 13.30. "Anak tak masuk duit lagi", mengomel lelaki tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala..

4- Sejurus selesai, aku terus angkat kaki. Beberapa langkah.."Adik ..adik..tolong skit", pinta orang itu tergesa-gesa mengejar. "Awat?", aku bertanya. "Saya nak pinjam duit sikit..isteri dok di hospital..anak pulak tak masuk duit lagi..akaun lagi satu tu isteri saya sorang saja yang tau nombor akaun..tu pulak dia baru operate jantung..bernafas dengan tiub..tak boleh cakap..pakcik nak balik kampung ni", adu orang itu panjang lebar dengan senafas sambil memberitahu kampungnya di Sg. Batang, Sik, Kedah.

5-" Dekat dengan kampung aku tapi takkan semudah itu aku nak bagi duit pada orang yang aku tak kenal", fikiranku mula berpolitik. "Takpalah..pakcik nak pi mana? saya hantaq..",helahku asal tidak menghulurkannya barang sesen pun. Dia memintaku untuk menghantar ke Komtar namun aku memberi cadangan untuk menghantarnya ke jeti feri, tambahan pula feri masih beroperasi.

6-Teragak-agak jugak aku tumpangkan orang yang tak ku kenali namun berbekalkan Bismillah aku beranikan diri. Beberapa cerita sempat dia kongsi namun dalam kepala aku hanya pikirkan RM 10 cukup kot untuk dia balik.

7-Setibanya di jeti feri, aku keluarkan note 10 lantas dihulurkan kepadanya. "Mana cukup dik..nak naik teksi balik Sik..bagi la 50..nnati saya telefon balik..", kebetulan pulak ketika itu aku hanya ada 30 ringgit sahaja. Berdolak dalik aku agar dia hanya menerima 10 ringgit sahaja. Tetapi..

8-Tiba-tiba terlintas di benak fikiranku..seandainya suatu hari situasi terdesak sebegitu terjadi pada ibu ayahku..seandainya tiada siapa yang akan menolong..apa akan terjadi..?? Gerun dan takut ..aku penuhi hasrat orang itu untuk menerima seadanya apa yg aku ada ketika itu.

9-Lantaran aku iring dengan doa..seandainya keadaan terdesak sebegitu terjadi pada ibu ayahku..tambahan tiada anak-anak berdekatan..mohon ada yang sudi memenuhi hajat mereka.

10-Pemeberianku pada malam itu kerana ssyangkan mereka. Kerana terdapat satu hadis nabi yang mafhumnya " Seandainya kamu memenuhi hajat seseorang, Allah akan memenuhi hajatmu".

11-Tidak timbul lagi perkiraan sekiranya orang itu , berbohong atau tidak.

Thursday, January 21, 2010

Air mata menitis...


Paklang Bi

1- Beberapa hari lalu tersentak sang perasaan tatkala terbaca di akhbar kisah sang anak meninggalkan bapanya di sebuah perhentian bas.

2- Kebiadaban yang terjadi di Perlis itu, ku ceritakan pada bonda dan ayahanda ketika sama-sama menjamah makan malam. Orang tua itu baru keluar dari Hospital Pulau Pinang. Dia baru sahaja menjalani pembedahan jantung.

3-Kebetulan pula petang itu aku, bonda, ayahanda dan paklang (abangku yang down sindrom) baru pulang dari Hospital P.Pinang. Paklang disahkan mengalami selaput pada matanya.Panjang lebar aku bercerita..menimbulkan keasyikan bonda dan ayahandaku mendengarnya.


4- Suasana terdiam seketika, " Anak kita tak buat kot macam tu ayahnya noo", perlahan bercambur sedu nada bonda mengajukannya pada ayahanda. Aku tersebak mendengarnya, "Ya Allah mak, tak buat macam tu insyaAllah," mengiring bersama hati kecil mendoakan tidak melakukan seperti sang anak di Perlis itu."Kejamnya dia, macam mana dia sanggup buat begitu", getus sang hati.

5- Hari ini.."Ada lagi", "Belasah bapa tak hulur RM1j; Anak Setan", headline Harian Metro untuk hari ini..,"Anak mangsa yang memukul dan meminta wang RM1 juta daripada mangsa sedang menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan di India", petikan. Zaman sudah berubah..nilai ibu dan ayah sudah terhakis di mata sang anak.

6- Rasulullah S.A.W pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua tentang anaknya yang menderhaka seraya berkata, "Wahai Rasulullah, anakku telah ku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku".

7- Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:


"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang memberimu makan.
Engkau minum juga aku yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,
aku berjaga semalaman.
Kerana sakitmu itu
aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa
dan mencapai cita-citamu.
Kulihat pada dirimu
apa yang tak kuharapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan".

8- Berlinangan mata Rasulullah S.A.W. dengan manik-manik jernih berguguran tatkala mendengar bait-bait syair lelaki tua itu lalu bersabda: " Kamu dan hartamu milik ayahmu".

9- Berdasarkan hadis ini jualah, dibolehkan oleh ibu atau bapa untuk mengambil sesuatu dari anaknya tanpa izin terlebih dahulu berdasarkan kondisi-kondisi seperti di atas.

Wednesday, September 24, 2008

bagaikan hujan..

1-Satu bait dari lagu ummi oleh Ahmad Bukhatir yang menyentuh kalbuku ialah "Suatu hari aku sakit yang tidak akan ku lupai, air matamu bagaikan hujan..........kerana risaukanku". Inilah di antara watak-watak my lovely one.

2-"Tut tuttt...tut tuttt..tut tuttt...tuttt", jauh melebihi marhalah rukhsah deringan itu merentasi sampai ke telingaku namun belum diangkat. Beberapa ketika....."Assalamualaikum mak..sihat ke?Maturidi ni....",aku langsung bersuara tatkala deringan terhenti tanda telefon bimbit itu diangkat. "Waalaikumsalam...sihat...awat lain suara hang ni?",langsung pantas si ibu mengesan kelainan suaraku. "Maturidi..maturidi..maturidi...",teragak-agak untuk meneruskan kata."Awat???",pintasan menggesa berbaur curigai sesuatu inginkan jawapan segera.

3-"Maturidi masuk wad",ringkas menyambung kata yang terhenti tadi. "Haaa..???Ya Allah..!!! sakit apa???",tinggi nadanya membayangkan kejutan yang terlanda."Kena denggi, semalam masuk wad..ni baru larat sikit nak telepon habaq kat mak", perlahan nada aku memberitahu.

4-"Bila lagi??", soalan bersambung namun nada suaranya sudah berubah. "Dah 2 3 hari dah tapi semalam baru kena tahan masuk wad. Doktor paksa masuk wad jugak sebab kalau jadi apa-apa dia tak jamin sebab pelet darah makin rendah",terus aku kepada point.

5-"Ni yang susah ni...kalau dekat-dekat boleh mak ajak ayah hang pi..ni...",
terhenti katanya disekat bunyi esakan yang mula mengalun.

6- Aku mula serba salah. "Tak pa mak tak pa..tak dak masalah sangat pun..kawan rumah ada..dok mai..", aku cuba menyedapkannya. Namun yang berbalas hanya esak tanggis. Lemah jiwaku kalau dengar emakku menangis. Kalau ade button untuk dihentikan..pasti button itu sudah ku tekan. Langsung "idea sunat" menjelma dalam kepala..."Lagipun doktor mai check tadi..dia kata darah makin ok tak macam semalam..dia kata nampak macam esok dah boleh keluaq?","idea sunat" terluah untuk menghentikan esak tanggisi si ibu.

7-Beberapa ketika..esaknya makin reda..aku hanya mendengar...lemah habis seluruh jiwaku memikirkan ini lah yang dinamakan ibu..teramat sensitif apabila anak-anak jatuh sakit. Langsung suara merdu Ahmad Bukhatir mengisi ruang infiniti fikiran "dumua'an minka kalmatori wa 'ainan minka saahiratan..takhafu 'alayya min khataren". "Doa mak naa...Kirim salam kat ayah..assalamualaikum..", aku mengakhiri conversation yang penuh syahdu dan pilu.

8-Kaulah segalanya.........

9-Yang pasti..fatrah 25/7 hingga 2/8/08 ialah fatrah pengkifaratan dosa-dosaku yang menimbun membukit..insyaAllah. Namun apakah timbunan itu kembali..."Allahumma a 'inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik".

Monday, September 22, 2008

Ummi by Ahmad Bukhatir

This song dedicated to my lovely mum..love u so much..



touching lorr...

Lyric of ummi by Ahmad Bukhatir

لَسَوْفَ أَعُوْدُ يَا أُمِّي Akan ku pulang wahai ibuku
أُقَبِّلُ رَأْسَكِ الزَّاكِيْ Mencium kepala sucimu
أَبُتُّكِ كُلِّ أَشْوَاقِيْ Menyerlahkan segala kerinduanku
وَأَرْشُفُ عَطَرَ يُمْنَاكِ Ku rasai wangian kasihmu
أُمَرِّغُ فِيْ ثَرَي قَدَمَيْكِ Mencium kaki dan
خُديْ حِيْنَ أَلْقَاكِ pipimu ketika bertemu
أُرَوِّي التُّرَابَ مِنْ دَمْعِيْ Membasahi tanah dengan airmataku
سُرُوْرًا فِْي مُحَيَّاكِ Gembira kerana engkau masih hidup

فَكَمْ أَسْهَرْتِ مِنْ لَيْلٍ Betapa engkau sanggup berjaga malam
لِأَرْقَدَ مِلْلأَ أَجْفَانِيْ demi melelapkan mataku
وَكَمْ أَظْمَأْتِ مِنْ جَوْفٍ Betapa engkau sanggup kehausan
لِتَرْوِيْنِيْ بِتَحْتَانِيْ demi memuaskanku dengan belaian kasihmu
وَيَوْمَ مَرِضْتُ لاَ أَنْسَى Pada hari aku sakit yang tidak akan ku lupakan
دُمُوْعًا مِنْكَ كَالْمَطَرِ air matamu bagaikan hujan
وَعَيْنًا مِنْكَ سَاهِرَةً matamu bersengkang
تَخَافُ عَلَيَّ مِنْ خَطَرٍ kerana risaukanku.
وَيَوْمَ وَدَاعِنَا فَجْرًا Satu hari yang fajar telah kita tinggalkan
وَمَا أَقْسَاهُ مِْن فَجْرٍ adalah fajar-fajar yang amat sukar
يُحَارُ الْقَوْلُ فِيْ وَصْفِ الَّذِيْ Sukar untuk kata-kata menerangkan
لاَِقَيْتِ مِنْ هِجْرِيْ kesusahan yang telah engkau tanggung keranaku.
وَقُلْتِ مَقَالَةً لاَ زِلْتُ Engkau pernah mengungkapkan kata-kata yang masih aku
ُمدَّكِرًا بِهَا دَهْرِ ingati sepanjang kehidupan
مُحَالٌ أَنْ تَرَى صَدْرًا "Kamu tidak akan temui satu hati
أَحَنَّ عَلَيْكَ مِنْ صَدْرِيْ yang amat mengasihimu melainkan aku".
مُحَالٌ أَنْ تَرَى صَدْرًا "Kamu tidak akan temui satu hati
أَحَنَّ عَلَيْكَ مِنْ صَدْرِيْ yang amat mengasihimu melainkan aku".

بِبِرِّكَ يَا مُنَى عُمْرِيْ Berbakti padamu adalah kamahuan hidupku
إِلهَ الْكَوْنِ أَوْصَانِيْ yang Tuhan telah arahkan.
رِضَاؤُكِ سِرُّ تَوْفِيْقِيْ Keredhaanmu adalah rahsia kejayaanku, Menyintaimu adalah penguat keimananku.
َوحُبُّكِ وِْمضُ إِيْمَانِيْ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...