Sila masuk

Wednesday, December 31, 2008

Seakan tikus melihat besi...

Sejurus selepas habis mengajar mengaji tadi di ss5 Kj, aku mengambil keputusan untuk singgah di Jusco Mid Valley. Jualan murahnya akan berakhir malam ini. Aku tiada pilihan. Aku mesti pergi juga walaupun aku pasti akan menjadi seperti tikus dengan besi bila berhadapan dengan baju-baju yang pelbagai warnanya.

Setahun aku di Sri Nobel, baju yang sama akan ku pakai beberapa kali dalam seminggu..jenuhlah membasuh selepas sampai di rumah setiap hari. Bukan tak mahu membeli tetapi....ketidakupayaan otakku menafsirkan maklumat warna yang dihantar oleh sang mata..membantutkan hasratku untuk shoping kain baju. Kali terakhir aku shoping baju adalah pada bulan puasa baru2 ini. Itupun dengan bantuan seseorang. Sebelum itu adalah pada penghujung thn lepas. Itu dengan bantuan Pait Ba bekas housemateku yang sekarang berada di Sabah.

Namun kali ini," Semua member2 sibuk.. aku mesti pergi sendiri..tumpang boleh dapat harga murah sikit", paksa hatiku tatkala meluncur laju di bawah Gerbang Kota Darul Ehsan yang terletak tidak sampai 2km di hadapan ke simpang Mid Valley.

Ramai juga manusia dan aku hampir-hampir putus asa mencari parking.

Kaki terus melangkah mencari Jusco. Malas singgah di mana-mana melainkan mataku sahaja yang singgah di sana sini. Malas juga mencari jenama lain melainkan Seed disebabkan saiz Snya betul-betul sesuai dengan aku. Bermulalah transitional menjadi sang tikus. Aku blurrr...hahaha..

Just sedap mata aku melihat aku ambil terus walhal found zero dalam searching otak aku warna apakah yang domain pada baju tersebut. Berbelang dengan putih itu aku kenal. Selesai menggayakannya aku terfikir.."Eh..macam pink la..a'aa la",aku mula serabut. Maka bermulalah pertelingkahan beberapa pihak dalam mindaku tentang natijah warna itu. Pihak-pihak tersebut aku pun tak tahu siapakah mereka yang aku tahu mereka ialah sebahagian dari diriku.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut..kebetulan aku melintasi seorang sales girl (lawa jugaklah)..tanpa menghiraukan apa yang bakal difikirkannya..terus aku bersuara "Adik..ni warna ape ek?" intonasi dan body languageku dikawal agar tidak dianggap untuk mengorat dia. Namun dengan terpinga-pinga dan acuh tak acuh dia menjawab, "Kelabu". Trick mengorat agaknya aku tak kesah. "Oh kelabu, aku ingat pink", detik hatiku lantas bersuara "Thanx ya". Beberapa langkah ke hadapan aku menoleh ke belakang melihat dia bercakap-cakap dengan kawannya sambil mereka memandang ke arah aku. "Ah..biaqlah..alah bisa tegal biasa..".


Perang tercetus lagi..seluar kaler ape yang sesuai untuk dipadankan dengan baju kelabu ni. Pesan kawan-kawanku..nak selamat beli kaler hitam.."Tapi hajat hati nak jugak seluar kaler lain yang match dengan baju ni..asyik hitam je", getus hatiku. Tapi atas dasar keselamatan (hahaha) aku terpaksa decide hitam pun hitam lah. Nasib baik lah alhamdulillah, nikmat mengenali kaler putih dan hitam masih ada pada Si Colour Blind ini.

Pusing punya pusing..aku berkenan dengan satu seluar ni. Tapi tak macam hitam sangat. Harganya selepas diskaun pun padan dengan bajet aku. Beberapa seluar berdekatan yang diyakini kehitamannya dipadan-padankan untuk dipastikan kehitaman seluar yang aku berkenan tu. Kemudian dipadankan pula dengan kemeja kelabu yang sudah menjadi pilihan hati. Namun blurr is blurr..Tiada keputusan dicapai oleh sel-sel dalam otakku untuk menerbitkan satu consensus. Sebab kaler die bit different dengan yang betul2 hitam.


Mana sang manusia..aku mengharapkan pertolonganmu. Kali ini aku mesti memilih yang kakak2 skit untuk mengelakkan salah tanggapan macam tadi. Puas aku berdiri terpacak sehingga orang pula menyangka aku yang sales man di situ. Hampeh betol..hehhehe.., Kemudian muncul lah seorang kakak yang agak gempal yang aku andaikan supervisor di situ kerana seragamnya lain sedikit. "Kak..tanya sikit? Seluar dengan baju ni masuk tak..?", aku mengajukan pertanyaan beradab padanya. Dibelek-belek baju dan seluar itu..lama juga masa yang diambil mungkin berhati-hati untuk memberi jawapan. "Oh..dark grey masuk lah dengan baju ni", jawab kakak supervisor itu namun aku tidak yakin kerana dia mengambil masa terlalu lama. Namun riak wajah dan jawapannya bagiku profesional tidak seperti yang aku alami awal tadi.

"Aku cari keyakinan..!! Aku mesti tanya orang lain pulak..!!kalau tidak membazir je aku membeli hari ni", memerintah pulak hatiku ini. Terpacak aku lagi di tempat yang agak jauh sedikit dari tempat tadi. Lalu seorang kakak cashier (kenal sebab seragamnya) yang jugak agak gempal. Pilihan terbaik untuk bertanya. Jawapannya ringkas dan meyakinkan. Maka yakin jualah aku.

Melangkah menuju untuk mebayar sambil melihat jam di handphone..rupa-rupanya dah pukul 2..hampir dua jam juga rupanya aku dalam kekeliruan tenggelam dalam warna.

Namun kemeja kelabu itu ialah pilihan mataku yang diragui kebolehannya memilih pakaian yang menarik warnanya. Bagiku biarkanlah kalau orang tengok baju tu tak elok pun yang penting mataku tengok lawa.., holding tighthly the principal of syok sendiri pun ok..hehehe..

p/s: Namun prinsip itu juga pernah memakan diri, berseluar sukan biru dan berbaju sukan hijau, diketawakan dan dikondem habis-habisan..selepas 2 tahun baru aku tau kaler seluar sukan tu biru..

Sunday, December 28, 2008

serabut..serabut..

serabut..serabut..serabutnye kepala otak aku ni..
mcm nak jer aku cuci dgn clorox..problema apa yang melanda ku tika ini..
uh terlalu byk dan complicated..masalahnya puncanya pun tidak ku temui untuk ku uraikan kekusutan itu..

teringatku akan sebuah hadis Baginda yang mafhumnya ..tertusuk duri kecik pun merupakan kifarah dosa2..

dan dalam syarah kitab hadis yang aku belajar dahulu ada tersebut..hilangnya ketenangan..diri dilanda kegelisahan juga merupakan kifarah dosa2..

aku memikirkan.."terlalu banyak dosa-dosaku ya Allah..ampunkan daku"

Wednesday, November 19, 2008

Antara tol dan minyak..diskaun dan harga lantai..


1-Nampaknya sehari dua ini, beberapa perkembangan menarik berlaku dalam negara. Semalam media arus perdana begitu bangga menyiarkan tindakan plus memberikan diskaun kepada pengguna lebuhrayanya sebagai sesuatu yang bersejarah dalam negara dan patut dicontohi oleh pengendali-pengedali lebuhraya lain. Hebat sungguh plus. Tahn*** aku ucapkan but only half word kerana anda merupakan contoh terbaik dari segi ketidakikhlasan memberi.

2-2 hari lepas juga kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak buat kali kelima sejak Jun lalu. 15 sen diturunkan kepada RM 2. Aku pasti, ramai yang tidak berpuas hati. Bukan tidak berterima kasih tetapi half word jugak. "Terim* ka***", kata hatiku. Ini kerana berdasarkan perkiraan, kerajaan mampu menurunkan lebih daripada itu kerana harga minyak berada pada paras bawah 60 USD setong. Tetapi 15 sen juga jadi pilihan ternyata kerajaan Malaysia ialah "kerajaan 15 sen".

3- Masih segar kenyataan Menteri Shahril Samad bulan lepas. Katanya, harga minyak boleh kembali pada paras asal iaitu RM 1.92 seliter sekiranya ia berada pada paras bawah 72 USD. Tetapi ternyata dia juga berbakat dari segi ilmu kekelentongan. Tahniah la Dato'. Namun ketika mengulas penurunan harga minyak semalam, beliau membayangkan idea penetapan harga lantai bagi petrol memandangkan trend penurunan harganya yang sangat galak. "Huh..!!",dengus hatiku. "Masa minyak melambung naik, tak dak pulak nak tetap harga langit", ulas housemateku ketika sedang menonton ulasannya di Buletin Utama. Aku terfikir, apa yang ada dalam otak seorang menteri sebegini. "Agaknya, nak jadi menteri..kena kedekut kot..baru boleh jadi menteri..", balasku kepada si housemate.


4-Kembali kepada diskaun tol, ternyata Plus juga terikut-ikut dengan idea haji bakhil syarikat telekomunikasi yang menawarkan diskaun panggilan pada larut malam. Kalau di universiti dahulu, ramai kawan-kawan yang sanggup "berqiamullail" semata-mata untuk mendapatkan kos bergayut yang murah sehingga terkantoi Subuh dan kelas pukul 8, tidak mustahil idea Plus ini juga bakal mengundang kemalangan jalan raya yang banyak kerana Pakej Kedua PLus iaitu menawarkan diskaun pada musim perayaan juga pada waktu yang sama 12 malam hingga 7 pagi. Sudah pastilah perjalanan waktu malam bakal menjadi pilihan di musim perayaan dan lebuhraya bakal menjadi "sungai kereta gelap".Sepatutnya perjalanan pada waktu malam di lebuhraya patut dikurangkan. Yang pasti idea sebegini bukanlah idea yang bijaksana.

5-Pakej Pertama Plus, walaupun dilaksanakan setiap hari ternyata ia tidak memberi manfaat kepada kebanyakan rakyat. Hanya mereka yang emergency sahaja terpaksa melakukan perjalanan pada malam hari pada weekdays. Persoalannya, apakah mereka merasakan idea mereka itu terlalu bijak?. Kita memahami sebagai sebuah syarikat yang menjalankan operasi harian, mereka memerlukan keuntungan untuk memastikan operasi itu berjalan lancar. Namun biarlah idea diskaun itu mencerminkan kesungguhan kalian untuk melaksanakan tanggungjawab sosial.

6-Pada perkiraanku, sekiranya pihak plus melaksanakan diskaun pada musim perayaan pada tempoh waktu yang logikal ataupun diskaun harian dilanjutkan tempohnya sehingga pukul 8 pagi ternyata ia akan lebih dihargai oleh rakyat jelata kerana ia bakal menggalakkan pekerja sampai awal di tempat kerja berbanding sekarang ia mungkin menggalakkan pemandu mengantuk di jalan raya dek tidur yang tidak cukup demi mengejar diskaun yang tak seberapa. Ternyata usaha plus mencerminkan attitude haji bakhil yang nyata.

7-Kita tunggu, apakah pengendali lebuhraya lain akan mencontohi Plus Haji Bakhil ini atau mereka akan mengutarakan idea yang lebih bijak dan bermanfaat untuk rakyat kebanyakan.

8-Plus Haji Bakhil Kongolomerat di Malaysia Raya bukan contoh terbaik namun terim* ka*** aku ucapkan.

Monday, November 17, 2008

Dr. Asri bakal Ex-Mufti,berlapang dada walau mereka menyempitkan dada mereka untuk kita

1- 10 tahun dahululah pertama kali aku mengenali insan ini. Video debat antaranya dan Astora Jabat ditayangkan oleh uztazku, Zurin namanya. Tatkala itu aku baru di tingkatan 3. Kagum..!! itulah persepsi utamaku terhadap beliau dek kerana kebijakan dan kepetahannya mengutarakan hujah. Tak terpanggung Astora dalam siri debat itu. Habis kelu lidahnya untuk membalas. Lantaran ketika itu kerana tulisan Astora yang terang-terangan mengelirukan pembaca tentang agama. Membuak-buak kebencian terhadap penulis kelahiran siam itu.

2- Beberapa tahun kemudian, selepas peperiksaan SPM aku menghabiskan masa di rumah. Waktu senggang maghrib dan Isyak tempatnya ialah di surau berhampiran. Adalah beberapa ustaz pondok berhampiran hadir membaca kitab. Aku tumpang mendengar. Untuk diriku, Ustaz Asyaari dari Pondok Lanai adalah orang pertama yang aku dengar mengkritik Ustaz Asri yang ketika itu belum bergelar Dr. Aku pelik dengan kritikan tersebut. Padahal Ustaz Asri Zainal Abidin ketika itu adalah seorang ustaz yang sangat berkaliber. "Ahh..orang pondok ni tau komen sahaja",keluh hatiku.


3-Kemudian aku meneruskan pengajian ke "madrasah" seterusnya bagi peringkat diploma. Di sinilah aku baru mengenali Ustaz Asri dan aliran pemikirannya. Barulah saat ini aku agreed dengan kritikan Ustaz Asyaari Pondok Lanai. Baru ku kenal siapa Dr. Asri namun ibarat buah yang belum masak itulah perumpamaanku ketika itu. Pada fatrah inilah aliran beliau mendapat tempat yang seluas-luasnya di Majalah I . Muak dengan idea-idea salafi mereka dan kritikan-kririkan keras meraka terhadap apa yang dikatakan bid'ah.

4-Ke Ardun Kinanah, makin banyak input dan material berkaitan Dr. Asri yang ketika itu sudah pun meraih Phd. Pengajian oleh Syeikh Nurudin, cd debat itu ini lah bermacam-macam lagi. Jiwaku masih kurang senang dengannya.

5-Kembali menyambung pengajian di "Taman Ilmu dan Budi", makin terdedah aku dengan golongan salafi malaysia. Tindak tanduk mereka amat tidak menyenangkan. Kesempatan menghadiri program Tajdid di Auditorium Utama yang mana antara panelnya ialah Dr Asri yang ketika itu sudah menjawat jawatan mufti Darus Sunnah. Baru aku kenal siapa dia yang sebenarnya. Hujahnya mantap dan bagus, kepetahannya mengkagumkan cuma yang membuatkan aku "kureng" dengan beliau ialah gaya dan lagaknya. Bagiku, sepatutnya orang yang alim dan tinggi ilmunya mesti ada sifat rendah diri dan tawadhuk. Hatta dalam mengkritik orang lain pun, intonasi dan bahasa mencerminkan kerendahan diri seseorang yang alim. Itu sahaja yang membuatkan aku tidak senang dengan beliau.

6-Sebagai mufti, beliau juga ada kalanya secara sembrono dan tanpa bukti yang kukuh juga menghemtam sesuatu pihak. Itulah yang tersebat dalam youtube ketika beliau mengkritik golongan habaib terutamanya Habib Umar. Aku begitu jelak dengan keletah si mufti ini dalam hal ini.

7-Namun beberapa ketika, idea-idea beliau yang lantang dan kritis yang bersifat nasional membuatkan kejelakanku terhadapnya susut demi susut. Komennya terhadap ISA berkaitan penahanan Raja Petra amat tepat dan lantang sekali. "Islam tidak memerlukan akta zalim untuk mempertahankan kesuciannya, Islam itu sendiri sudah cukup untuk mempertahankannya". Timbul selepas reason kerajaan menahan Raja Petra adalam kerana artikelnya yang didakwa menghina Islam. Begitu juga kritikannya terhadap kelemahan Jakim dan hala tujunya yang lemah dalam memperkasakan Ummah. Dan beberapa isu lain....Ada betulnya apa yang diutarakan oleh Tuan Dr ini. Aku perlukan stand baru terhadap beliau. Kemungkinan buah sudah masak dan setiap orang perlukan own stand terhadap sesuatu perkara.

8-Bukan bermakna aku menyetujui kesemua idea-ideanya terutama idea salaf mereka namun terdapat idea-idea yang tidak berkaitan patut di ambil dan dicontohi.

9-Namun terbaru, pendapatnya tentang "Sajak Kematian" amat tidak disenangi oleh kalbuku. Khurafat katanya. Khurafatkah kalau perkara itu memang benar-benar diceritakan oleh hadis-hadis Nabi? Khurafatkah kalau adanya seksa kubur memang menjadi pegangan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah? Sedangkan kesepakatan besar di kalangan ulama tentang adanya seksa kubur selepas kematian. Cuma yang agak berlainan dalam 'Sajak Kematian' itu ialah ia dijelmakan dalam bentuk lakon semula dan divideokan. Bagiku tidak ada salahnya cara seumpama itu selagi mana ia memang selari apa yang pernah disebutkan oleh Nabi. Yang menjadi kesalahan dan larangan mutlak ialah kita melakonkan dan membayangkan apa-apa yang berkaitan dengan Allah S.W.T baik dari segi zat Allah, sifatNya dan perbuatanNya. Perlunya penjelasan lanjut Dr. Asri tentang apa yang dikatakannya khurafat.

9-Walaubagaimanapun bagiku terhadap insan bergelar Dr ini, kita ambil yang baik dan tinggalkan mana yang tidak baik untuk kita. Jangan terlampau jumud sehingga disebabkan tidak suka pada seseorang namanya pun kita tidak mahu dengar.Apa yang mereka selalu hentam terhadap aliran Asyaari pasti tetap ku ingat tapi tidak sampai ke tahap idea-idea bagus mereka ku tolak tepi.

10-Berlapang dada walaupun mereka menyempitkan dada mereka untuk kita.

Sunday, November 16, 2008

Kenduri cikgu India-Kristian

1-Terpendam beberapa ketika satu pengalaman yang dialami minggu lepas. Dek kerana kesibukan siang hari dan kepenatan di malam hari dan ketiduran yang menyedapkan di larut malam hingga ke awal pagi.

2-8 November aku dijemput oleh Ms. Esther ke majlis perkahwinan anak perempuannya Jethiya dan Reegan.

3-Sebulan sebelum itu............., "Cikgu Mansur, ini saya jemput ke kenduri kahwin anak perempuan saya", ujar Ms. Esther guru pencen sekolah kerajaan kepadaku sambil menghulurkan kad kahwin yang berurai-urai dengan tali-tali perhiasan. "8 November depan. "Besok cikgu confirm sama saya mau hadir ke tidak. Sebab kita booking meja", sambung Ms. Esther. "Ok baik cikgu", balasku ringkas sambil dalam kepalaku tiada apa-apa masalah menghadiri majlis tersebut.

4-Keesokannya...,"Cikgu Mansur, macam mana aa..?hadir atau tidak kenduri saya?", tanya cikgu India beragama Kristian itu kepadaku ketika bersama di dalam bilik guru. "Iya, saya hadir". "Ini saya tulis nama cikgu aaa, dinner di Dewan Sivik kan cikgu", sambung Ms. Esther. "Ya ya..Dewan Sivik bukan gereja", jawab ku sambil didengari oleh beberapa guru-guru lain. "Cikgu Ina (bukan nama sebenar)..hadir ke tidak?", kedengaran Ms. Esther bertanya kepastian dari Kak Ina yang meja mereka bertentangan. "Oh..saya 8 haribulan ada hal dengan suami saya la Ms. Esther", jawab Cikgu Ina. "Alasan agaknya", persis hatiku. "Cikgu Min (juga bukan nama sebenar)..macam mana?", tanya Ms. Ester pula kepada Kak Min yang tempat duduk mereka bersebelahan. "Saya pun ada hal jugak 8 haribulan tu, suami saya ada dah ada plan untuk kami". Jawab Kak Liza. "Jawapan standard nampak diaorang ni, tak apalah, depa tak pi aku pi, bukan ada masalah pun", telah hatiku.

5-Selepas itu di luar bilik guru. "Ustaz pi ka kenduri Ms.Esther?", tanya Kak Min kepastian dan kemungkinan jugak kepelikan kepadaku. "Ya..just attend je", jawabku tanpa keraguan ketika itu.

6-Namun beberapa hari selepas itu keraguan melanda diriku. "Haa..hadir memang tidak ada masalah, tapi macam mana dengan makanan?Apa yang diaorang serve?Aku dah confirm dengan cikgu tu ni..", tuturku berkongsi keraguan dengan teman serumah. "Alah..kau tanya la dia terus terang pasal makanan, ada particular food untuk Muslim tak", respon Hamid. "Aku bukan tak mau tanya tapi soalan tu macam tak patut pulak nak tanya", balasku. "Tu common basic la..semua bukan Islam faham pasal tu. Tak ada masalahnyer kau tanya pun". balas Hamid lagi. "Yeke??", aku meminta kepastian tentang ketiadaan masalah mengajukan soalan tentang makanan. "Iyer..."

7-Keesokannya. Tekad hatiku hendak bertanyakan soalan itu kepada Ms. Esther. Di dalam pantry. "Ms. Esther, kenduri nanti ada particular food tak untuk Muslim?, tanyaku teragak-teragak. "Ohh hehehehe..", tergelak dia seketika. "Cikgu jangan risau la..itu makanan semua halal..kita faham pasal itu..", jawab Ms. Esther. "Bagus la cikgu tanya tu", sambung Ms. Esther sambil tersenyum. Jawapannya membuat aku yakin. Ya aku datang.

8-Pada 8 November itu..ketika on the way ke Dewan Sivik Pj, aku merasakan aku menjadi duta kecil Islam bagi menunjukkan agama Islam bukanlah agama yang menghalang bagi menghadiri majlis kenduri agama lain. Dalam masa sama aku merupakan guru agama di sekolah tersebut yang majoritinya adalah murid dan guru bukan Muslim. Aku amat yakin segala tindak tandukku akan menunjukkan gambaran sebenar Islam kepada mereka. Penting untuk aku untuk menunjukkan kepada guru-guru bukan Islam bahawa Islam bukanlah agama yang rigid. Hatta majlis kenduri kahwin colleague pun tak boleh hadir. Iya, sepanjang pengajianku, tidak pernah aku menjumpai halangan dari nas-nas qat'ie tentang perkara ini. Aku teramat yakin, cikgu-cikgu Muslim tiada yang hadir dan kemungkinan dan kepelikan jugak semua cikgu Muslim masing-masing ada hal pada hari yang sama. Cuma..masalahnya satu ..iaitu makanan. Aku mesti bijak memilih makanan yang betul. Sayur mesti ada. Kalau hanya ada ayam dan daging, aku akan hanya makan sayur dan nasi. Sebab keraguan dalam kepala aku hanya tentang penyembelihan ayam dan lembu sahaja. Kalau ada ikan aku akan ambil ikan dan sayur. Ini penting untuk mencari jalan keluar dari Syubhah. Sebab ikan dan sayur pasti tidak ada keraguan.

9-Pork?? Caterer yang diambil itu aku dah check hasil maklumat tak langsung Ms. Esther merupakan caterer yang pelanggan-pelanggan dan event- event mereka adalah bersifat nasional. Mydin, Maxis, Digi, Tun Mahathir. Aku yakin caterer yang bersifat nasioanal mereka tidak menyediakan pork sebagai menu dan bekas makanan periuk, kuali pinggan dan sebagainya tidak menimbulkan keraguan dan syak wasangka. Dan hasil pemeriksaan aku di website mereka, tiada dalam senarai menu mereka adalah pork.

9-Menurut maklumat yang aku dapat dari Mr. Mervin, upacara keagamaan biasanya tidak akan diadakan ketika dinner . Semuanya telah dilakukan di gereja pada siang harinya. Selamat dah aku. Kalau ada pun upacara keagamaan di situ, penting untuk aku tidak mengambil bahagian dan perhatian sebagai tanda tidak menunjukkan keredhaan atas apa yang mereka lakukan. Sebab di dalam Islam mengambil bahagian atau menunjukkana minat dalam upacara agama lain adalah satu dosa besar iaitu syirik.

10- Setibanya aku di Dewan Sivik, memang betul seorang cikgu Melayu pun tidak ada. Alhamdulillah, sebagai seorang guru agama di Sri Nobel, aku merasakan aku telah melakukan sesuatu yang betul sebagai menunjukkan tasamuh Islam dan penghormatan Islam terhadap hak-hak beragama agama lain.


11-Beberapa rakan sekerja seakan kaget dan terkejut dengan kehadiranku. Mungkin seakan sudah ada persepsi bagi mereka kenduri non-muslim tidak akan dihadiri oleh Muslim. Alhamdulillah, aku mengharapkan persepsi mereka berubah. Soal makanan alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang dalam kepala. Dan kelihatan mereka sangat menghargai kehadiranku sebagai seorang Muslim di situ.

12-Ahamdulillah juga kerana aku merasakan aku telah menunjukkan Islam yang sebenar pada mereka yang semuanya bertitik tolak dari kefahaman dan ilmu pengetahuan yang jelas tentang agama suci ini.

13-Hidup bukan hanya memerlukan ilmu tetapi memerlukan kebijakan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan kerana pengaplikasian ilmu sememamangnya tiada dalam silibus pengajian.

Thursday, October 30, 2008

Highway metramac dan jurutolnya..

1-Tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon hari ini di Dewan Rakyat berkaitan hasrat kerajaan untuk menempatkan OKU sebagai pemberi tiket di tol-tol lebuhraya.

2-Ini merupakan satu hasrat yang amat baik dan amat dialu-alukan. Dan perbincangan akan dijalankan antara pihak kerajaan dan pihak pengendali lebuhraya terbesar Malaysia plus dengan harapan Plus akan memberi sokongan hasrat kerajaan tersebut.

3-Bagi pengguna yang pernah melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat kendalian Metramac Copporation, perkara ini bukanlah suatu perkara baru. Lebuhraya yang menghubungkan antara Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Cheras Kajang itu terlebih dahulu ke hadapan dalam menzahirkan tanggungjawab sosial mereka. Mereka yang pertama kali menggunakan Lebuhraya itu pasti akan perasan dengan mudah bahawa pengendali-pengendali tolnya bukanlah terdiri dari anak gadis yang cute mute.

4-Itulah yang aku perasan tatkala pertama kali melalui tol selepas berpindah ke Cheras Baru dan ia merupakan laluan favouriteku untuk ke tempat kerja di Kelana Jaya. Jurutol pertama yang mencuit rasa perasanku itu ialah seorang wanita separuh abad yang pada hematku seusia atau muda sedikit dari ibuku. Terkejut.."Seorang makcik jaga tol??, Tak pernah jumpa ni!!", spontan mulaku bersuara menzahirkan kepelikan yang pertama kali ditemui. Iya..itulah realitinya.

5-Selepas beberapa kali melaluinya, beberapa watak berlainan ku temui di situ. Seorang pakcik yang bergerutu mukanya mungkin disebabkan penyakit, seorang kakak yang hanya memiliki jari kelingking sahaja, jari kelingking itulah yang selalu mengorek tapak tanganku tatkala mengambil bayaran tol dariku, seorang abang yang tertera logo orang pekak di nametagenya dan beberapa wanita yang tidak zahir apa kekurangan yang mereka ada. Barangkali mereka itu manusia sempurna.

6-Tugas mereka amat mudah. Hanya mengambil bayaran tol dan mengembalikan bakinya jika ada dalam keadaan duduk. Merewang fikiranku memikirkan nasib beberapa makcik yang tidak berpelajaran dan OKU lain yang kerja mereka amat memenatkan seperti cleaner. Nasib jurutol-jurutol in ternyata amat beruntung. Namun bilangan mereka hanya beberapa orang di situ.

7-Sebab itulah tatkala membaca laporan media berkaitan kenyataan timbalan menteri itu di Dewan Rakyat hari ini, aku amat mengalu-alukan usaha tersebut.

8-Kalau sebelum ini dari utara hingga ke selatan tanahair, amat mustahil untuk menjumpai golongan OKU atau pakcik dan makcik di tol-tol lebuhraya..namun kemungkinan selepas ini kita dengan mudah akan menemuinya. Lega mereka juga mampu meraih sesuap nasi dengan kemampuan terhad yang diberikan Tuhan. Itupun kalau Plus ada hati dan perut untuk menyambut hasrat kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.


9-Hidup perlu berbakti walau siapa pun kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...