1-Tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon hari ini di Dewan Rakyat berkaitan hasrat kerajaan untuk menempatkan OKU sebagai pemberi tiket di tol-tol lebuhraya.
2-Ini merupakan satu hasrat yang amat baik dan amat dialu-alukan. Dan perbincangan akan dijalankan antara pihak kerajaan dan pihak pengendali lebuhraya terbesar Malaysia plus dengan harapan Plus akan memberi sokongan hasrat kerajaan tersebut.
3-Bagi pengguna yang pernah melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat kendalian Metramac Copporation, perkara ini bukanlah suatu perkara baru. Lebuhraya yang menghubungkan antara Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Cheras Kajang itu terlebih dahulu ke hadapan dalam menzahirkan tanggungjawab sosial mereka. Mereka yang pertama kali menggunakan Lebuhraya itu pasti akan perasan dengan mudah bahawa pengendali-pengendali tolnya bukanlah terdiri dari anak gadis yang cute mute.
4-Itulah yang aku perasan tatkala pertama kali melalui tol selepas berpindah ke Cheras Baru dan ia merupakan laluan favouriteku untuk ke tempat kerja di Kelana Jaya. Jurutol pertama yang mencuit rasa perasanku itu ialah seorang wanita separuh abad yang pada hematku seusia atau muda sedikit dari ibuku. Terkejut.."Seorang makcik jaga tol??, Tak pernah jumpa ni!!", spontan mulaku bersuara menzahirkan kepelikan yang pertama kali ditemui. Iya..itulah realitinya.
5-Selepas beberapa kali melaluinya, beberapa watak berlainan ku temui di situ. Seorang pakcik yang bergerutu mukanya mungkin disebabkan penyakit, seorang kakak yang hanya memiliki jari kelingking sahaja, jari kelingking itulah yang selalu mengorek tapak tanganku tatkala mengambil bayaran tol dariku, seorang abang yang tertera logo orang pekak di nametagenya dan beberapa wanita yang tidak zahir apa kekurangan yang mereka ada. Barangkali mereka itu manusia sempurna.
6-Tugas mereka amat mudah. Hanya mengambil bayaran tol dan mengembalikan bakinya jika ada dalam keadaan duduk. Merewang fikiranku memikirkan nasib beberapa makcik yang tidak berpelajaran dan OKU lain yang kerja mereka amat memenatkan seperti cleaner. Nasib jurutol-jurutol in ternyata amat beruntung. Namun bilangan mereka hanya beberapa orang di situ.
7-Sebab itulah tatkala membaca laporan media berkaitan kenyataan timbalan menteri itu di Dewan Rakyat hari ini, aku amat mengalu-alukan usaha tersebut.
8-Kalau sebelum ini dari utara hingga ke selatan tanahair, amat mustahil untuk menjumpai golongan OKU atau pakcik dan makcik di tol-tol lebuhraya..namun kemungkinan selepas ini kita dengan mudah akan menemuinya. Lega mereka juga mampu meraih sesuap nasi dengan kemampuan terhad yang diberikan Tuhan. Itupun kalau Plus ada hati dan perut untuk menyambut hasrat kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.
9-Hidup perlu berbakti walau siapa pun kita.
Sila masuk
Thursday, October 30, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Siapa Imam al-Haddad? dan apakah majlis haul Imam Haddad?
Bagi pembaca yang tidak mengenali beliau, serba dan teramat ringkas aku ceritakan. Kalau kalian masih ingat dan pernah dengar bahawa Nabi S.A.W ada bersabda tentang pada setiap 100 tahun akan ada seseorang yang akan memperharui Agama, inilah yang dinamakan mujaddid agama. Imam Haddad merupakan salah seorang mujaddid. Beliau Mujaddid Islam bagi kurun ke-12 Hijrah. Nama beliau ialah Al-Imam Qutub Al-Irshad Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad.
Majis Haul Imam Haddad di adakan pada setiap tahun bagi memperingati kewafatan beliau. Ini kerana jasa, pengorbanan dan khazanah tinggalannya yang amat besar bagi generasi sesudah beliau sehinggalah pada hari ini.
Kalau anda ingin merasai bagaimana tenang dan tenteramnya jiwa, hadirilah majlis ini. InsyaAllah ketenteraman dan ketenangan jiwa adalah tanda keberkatannya.

Jemputan ke Majlis Haul Imam Haddad
Kepada teman-teman yang berada di sekitar Kuala Lumpur di jemput ke Majlis Haul Imam Haddad yang akan di adakan seperti berikut:-
31 Oktober 2008 di Masjid al-Falah, USJ9
1 November 2008 di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai off Jalan Ampang
2 November 2008 di Masjid al-Bukhary, Jalan Hang Tuah
*Majlis bermula pada jam 6 petang dan isyaAllah tetamu istimewanya ialah Habib Salim Asy-Syatiri, salah seorang ulama besar Yaman.

Untuk makluman, Majlis Haul ini juga akan diadakan di beberapa tempat di beberapa negeri. Maklumat lanjut boleh didapati www.alhawi.net.
Sama-sama kita hadiri untuk polish iman dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tahi ayam hangat balik..!!!
Awwal kalam..maaf kerana hampir genap satu purnama blog kusam ini tidak diupdate. Sebenarnya inilah yang disedari bahawa sebagai yang bernama manusia setiap tindak tanduk kita pasti ada pasang surut. Aku tidak ketinggalan telah mengharungi surut yang agak lama, bukan ketandusan idea namun ketandusan olahan idea-idea tersebut. Memikirkan bagaimana cara sebaiknya untuk mengolah sesuatu idea agar kelihatan menarik apabila dibaca. Daripada post out sesuatu yang tidak menarik, baik diperam sahaja. :)
Walaubagaimana, sesuatu yang disedari, medium ini adalah medium tidak rasmi terbaik untuk berkongsi sesuatu buah fikiran bersama teman taulan. Moga kalian dapat mengambil sesuatu dari usaha yang kerdil ini. Oleh yang demikian berbekalkan azimat..InsyaAllah..aku akan terus pastikan" tahi ayam akan terus kekal hangat"...

Friday, September 26, 2008
Teacher..you believe Islam aaa..??Why you don't believe Cristian??
1-"Krinnnnnnnnnnnnnnnnnnggggg...",bingit telinga disumbat bunyi loceng yang galak berdering mahu memberitahu sekarang ialah dismissal time. Masing-masing sibuk bergerak ke sana ke sini. Cikgu-cikgu masing bergerak untuk melakukan duty. Budak-budak pulak sibuk bercakap-cakap sambil berjalan turun bagaikan murai di dalam kawanannya.
2-Dalam kesibukan itu,"Teacher..you believe Islam aa?",tanya Woon Jia Le murid tahun Primary 2 Destiny tiba-tiba kepada aku ketika aku sedang melintasi barisan kelasnya. Langkah ku terhenti,"Yes..why?", terkejut langsung spontan membalas kembali persoalan. "Why you don't believe Cristian?", nada suara dan body language seperti pelik dan simpati dengan aku.
3-"Oh..because i was born as a muslim and determined by my Allah to be Muslim because He love me","But..why you don't believe Cristian..?",Jia Le masih mengajukan soalan yang sama.
4-"Why you ask me that question?", aku membalas kembali pertanyaan. "Because..some belief are true and some belief not", langsung aku mengagak jawapannya sebegitu adalah kerana dia mahu mengatakan kepercayaan yang diajarkan kepadanya oleh ibu dan ayahnya adalah kepercayaan yang betul. Merasa simpati dan pelik dengan penganut agama lain adalah kebiasaan yang sering bermain di minda kanak-kanak. Aku juga begitu dahulu. Akal kanak-kanakku yang tidak matang dahulu sering membangkitkan persoalanku "Awat la depa ni jadi cina?", padahal siapakah kita dan bagaimanakah kita sejak lahir adalah merupakan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah.
5-"Yeah..correct but when u already big..do study first every religion then you will know which one is correct and which one is wrong", aku mengajukan saranan kepadanya mengharapkan dia berfikir menggunakan akal yang dikurniakan Tuhanku Rabbul Izzati.
6-Perbualan ringkasku itu membawa akalku terfikir.."Oh rupa-rupanya..orang-orang non-muslim juga telah menyemai anak-anak mereka dengan sesuatu belief sedari usia mereka masih mentah..sudah semestinya itu merupakan tanggugjawab mereka..namun Muslim sendiri macam ini kah?".
7-Sebetulnya terlalu ramai Muslims yang cuai dalam mendidik anak-anak mereka tentang Agama. Makin luas lingkup pergaulan kita..pasti kita akan temui Muslim yang sebegitu..itulah yang aku telah temui dan sedang temui..
8-Sangat menyedihkan...

Wednesday, September 24, 2008
bagaikan hujan..
1-Satu bait dari lagu ummi oleh Ahmad Bukhatir yang menyentuh kalbuku ialah "Suatu hari aku sakit yang tidak akan ku lupai, air matamu bagaikan hujan..........kerana risaukanku". Inilah di antara watak-watak my lovely one.
2-"Tut tuttt...tut tuttt..tut tuttt...tuttt", jauh melebihi marhalah rukhsah deringan itu merentasi sampai ke telingaku namun belum diangkat. Beberapa ketika....."Assalamualaikum mak..sihat ke?Maturidi ni....",aku langsung bersuara tatkala deringan terhenti tanda telefon bimbit itu diangkat. "Waalaikumsalam...sihat...awat lain suara hang ni?",langsung pantas si ibu mengesan kelainan suaraku. "Maturidi..maturidi..maturidi...",teragak-agak untuk meneruskan kata."Awat???",pintasan menggesa berbaur curigai sesuatu inginkan jawapan segera.
3-"Maturidi masuk wad",ringkas menyambung kata yang terhenti tadi. "Haaa..???Ya Allah..!!! sakit apa???",tinggi nadanya membayangkan kejutan yang terlanda."Kena denggi, semalam masuk wad..ni baru larat sikit nak telepon habaq kat mak", perlahan nada aku memberitahu.
4-"Bila lagi??", soalan bersambung namun nada suaranya sudah berubah. "Dah 2 3 hari dah tapi semalam baru kena tahan masuk wad. Doktor paksa masuk wad jugak sebab kalau jadi apa-apa dia tak jamin sebab pelet darah makin rendah",terus aku kepada point.
5-"Ni yang susah ni...kalau dekat-dekat boleh mak ajak ayah hang pi..ni...", terhenti katanya disekat bunyi esakan yang mula mengalun.
6- Aku mula serba salah. "Tak pa mak tak pa..tak dak masalah sangat pun..kawan rumah ada..dok mai..", aku cuba menyedapkannya. Namun yang berbalas hanya esak tanggis. Lemah jiwaku kalau dengar emakku menangis. Kalau ade button untuk dihentikan..pasti button itu sudah ku tekan. Langsung "idea sunat" menjelma dalam kepala..."Lagipun doktor mai check tadi..dia kata darah makin ok tak macam semalam..dia kata nampak macam esok dah boleh keluaq?","idea sunat" terluah untuk menghentikan esak tanggisi si ibu.
7-Beberapa ketika..esaknya makin reda..aku hanya mendengar...lemah habis seluruh jiwaku memikirkan ini lah yang dinamakan ibu..teramat sensitif apabila anak-anak jatuh sakit. Langsung suara merdu Ahmad Bukhatir mengisi ruang infiniti fikiran "dumua'an minka kalmatori wa 'ainan minka saahiratan..takhafu 'alayya min khataren". "Doa mak naa...Kirim salam kat ayah..assalamualaikum..", aku mengakhiri conversation yang penuh syahdu dan pilu.
8-Kaulah segalanya.........
9-Yang pasti..fatrah 25/7 hingga 2/8/08 ialah fatrah pengkifaratan dosa-dosaku yang menimbun membukit..insyaAllah. Namun apakah timbunan itu kembali..."Allahumma a 'inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik".

Subscribe to:
Posts (Atom)