Sila masuk

Tuesday, February 23, 2010

Nas dalam agama tidaklah kaku..


Puan Isma (bukan nama sebenar) hadir bersama birasnya mengadu mengenai suaminya En. Azman (bukan nama sebenarnya) tentang kelalaian suaminya sejak tahun 2000 memberikan nafkah zahir dan batin terhadapnya walaupun untuk anak-anak dan isi dapur masih diberikan. Namun semenjak 3 tahun kebelakangan ini, En. Azman sudah mula culas terhadap nafkah anak-anak dan untuk isi dapur. Namun sejak 3 bulan yang lalu, En. Azman sudah keluar rumah dan tinggal di rumah bujang dan tidak pulang-pulang ke rumah. Setelah diselidiki, En. Azman merupakan orang surau dan selalu berjemaah dan menghadiri kuliah agama di surau berdekatan manakala Puan Isma seorang yang agak sosial dengan kening bercukur dan rambutnya diwarnakan. Tambahan pula solatnya selalu diabaikan.


Setelah aduan diterima, aku dapat merasai suatu perasaan yang kebanyakannya dirasai oleh orang-orang agama terhadap isteri yang tidak taat pada perintah agama. Suatu perasaan yang complicated dan bercampur-campur. " Mungkin suami puan rasa tawar hati sebab situasi puan tak macam yang dia nak", telah aku. "Saya pun rasa macam tu", Puan Isma mengiyakan sambil aku menekankannya tentang tanggungjawab menunaikan solat. Pengabaian solat merupakan titik tolak bermulanya segala masalah. Dia mengangguk mengakui kekurangannya sambil aku juga menyatakan ada beberapa missunderstanding oleh si suami tentang ajaran agama yang perlu diperbetulkan.

"Tapi ustaz kena hati-hati, dia ni pandai cakap", Puan Isma memberi gambaran suaminya sambil dia menambah,

"Saya memang dah takdak hati dengan dia ustaz",

Tak pa..tak pa..apa-apa pun kita bersemuka dulu, kalau boleh diselamatkan kita cuba selamat, kalau perlu nasihat saya akan nasihat suami puan".


Temujanji disepakati pada minggu berikutnya untuk kedua-duanya hadir untuk satu sesi khidmat nasihat dan bimbingan. Kedua-duanya perlu hadir.


10 pagi, Jumaat, 29 Januari 10....


Encik Azman tiba dahulu, berkopiah dan berjanggut. Suatu imej yang sangat familiar denganku. Sementara menunggu dia berkata-kata berdentum-dentam, betul kata isterinya..pandai berkata-kata,

aku sekadar berdiam..mencelah sekali sekala sambil menilai wataknya.


Si isteri tiba..,mempersilakan Puan Isma duduk bersebelahan suaminya...kejanggalan terserlah...menandakan sudah lama kemesraan antara mereka pupus. Tiada sapaan walaupun sudah 3 bulan mereka tidak bersua muka.


Seusai memulakan sesi dengan al-fatihah dan selawat, aku memperkenalkan diri dan bertanyakan khabar sebagai prosedur biasa khidmat nasihat. Kemudian..aduan isteri dibacakan satu persatu sambil si suami tersenyum-senyum sinis seakan dia sudah jawapan yang akan mematahkan aduan isterinya.


"Apa yang no 1 ustaz?", bertanya lagi sekali walaupun belum sempat aku menyerahkan padanya untuk menjawab.

"Encik Azman sejak tahun 2000 tidak memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri", aku membalas.

"Ustaz", En Azman memulakan dengan nada ingin menduga.

"Ustaz tahukan hadis Nabi yang berbunyi..Sekiranya isteri kamu derhaka hendaklah kamu memukulnya..Sekiranya dia masih derhaka hendaklah dipisahkan tempat tidur?", dia menjawab dalam bentuk pertanyaan.

Begitu pantas aku menafsir bahawa tindakannya keluar rumah tanpa memberika nafkah batin adalah sebagai satu adaptasi dari memisahkan tempat tidur.

"Ya..tahu..".
"Habis tu, hadis tu nak letak mana?", bijak dia berkata-kata.
"Encik Azman, hadis nabi yang berbentuk panduan sebegitu tujuannya apa?", soalan berbalas soalan. " Untuk menyelesaikan masalah bukan?, soalan ku aku aku yang jawab.
"Ya".
"Jadi masalah isteri Encik Azman yang Encik kata derhaka tu selesai ke tidak?", aku bertanya lagi.
"Tak".
"Macam inilah, kita perlu melihat sesuatu hadis nabi dalam lingkup yang luas, jangan terlalu terikat dengan sepatah demi sepatah. Kalau seorang isteri itu ada 'makan luar' dan dia dikira derhaka, Encik 10 kali tak tidur dengan dia pun dia tak kisah. Setuju?".
"Ya",
perlahan sambil mengangguk.

"Apakah tidak ada suruhan untuk bercakap lemah lembut dengan anak dan isteri, menyuruh mereka buat kebaikan dengan lemah lembut dah hikmah...Selama Encik kahwin dah 20 tahun ni ada tak Encik buat?",
"Suami puan buat tak macam tu?",
soalan dialihkan kepada si isteri walhal aku sudah tahu latar belakang si suami.
"Tak pernah ustaz", Puan Isma menjawab.
"Kalau macam itu, kalau suami puan ajak puan solat dengan lemah lembut..sayang..sayang..jom pi solat..satgi la sambung tengok tv balik..,Puan boleh terima tak?".
"InsyaAllah boleh ustaz, tapi sejak kahwin dia tak pernah cakap elok-elok dengan saya".

Menyerlahkan sikap sebenar si suami yang terlepas pandang kebaikan yang dianggap kecil tetapi teramat besar manfaat. Lembu sekalipun tatkala hendak dikorbankan..awal-awal lagi dah provoke..pasti dia akan naik minyak. Apatah lagi manusia yang ada akal fikiran dan hati. Sering kali nas dalam agama difahami dalam skop yang begitu kecil sehingga memungkinkan tiada penghujung sesuatu permasalahan atau lebih mengusutkan lagi.

Perbualan sejenak di atas adalah intipati dalam 10 minit terawal dalam sesi khidmat nasihat pada hari itu yang telah berlanjutan ke satu jam setengah. Kedatangan mereka pada awal sesi dengan lagak bagai tidak pernah mengenali satu sama lain telah berakhir dengan mereka bersentuhan tahan bersalaman memohon kemaafan dengan linangan dan esakan air mata lantaran menyedari kealpaan mengemudi bahtera dek kerana kefahaman yang salah si suami terhadap nas agama. Beberapa isu kesalahfahaman tentang nas agama atau memahami nas dalam ertikata harfin bi harfin mengisi sengkang waktu satu jam setengah tersebut..dirungkai dan dimurnikan kembali dengan harapan rumahtangga yang dibina sejak 20 tahun dulu kembali pulih dan dapat diselamatkan.





Sunday, February 21, 2010

Isteri adalah amanah Allah buatmu..

Selamat Pengantin Baru


To Abg Ili dan Kak Hawa: Kami mendoakan kebahagian kalian di dunia dan akhirat. Moga pelayaran yang baru bermula dilimpahi berkat dan rahmat oleh Rabbul Khaliq hingga ke akhirnya.

Ceria sang mempelai

Seri Si Pengantin Baru

Berakhirlah sudah riwayat bujang abgku ni..dah beristeri...Sejurus lepas dia kahwin ni..riak wajah dia lain..kalau dulu muka dia ketat je..sekarang lain macam je aura seri..haha..agaknye itulah berkah perkahwinan.


P/s: Actually aku sedih..sayu semua ade..yelah..abgku yang ni lah partner aku dalam adik beradik..memandang dia no 5 dan aku no 6..dari kecik kami memang bersama..ke sekolah bersama..main bola bersama..tidoq pun sama-sama..tapi sekarang dia dah berlainan status ..btw...Titipan doa kebahagian tidak pernah lekang dari zikir kalbu kami..

Friday, February 12, 2010

Terus diserang..

Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan Maulidur Rasul

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang @utusan.com.my

PULAU PINANG 11 Feb. - Tindakan kerajaan negeri membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang dibuat setiap tahun amat dikesali.

Nah..muka depan sekali..lagi kena serang..tak habis-habis. Aku yang terbaca Utusan Online di ofis terkejut kerana keputusan yang dibuat oleh Yb Exco Agama hanya sebagai kelainan sambutan rupa-rupanya menjadi peluru sesat yang dibidik oleh musuh politik. Tiada hasrat tersirat kerajaan negeri untuk mengesampingkan kepentingan orang Islam atau Melayu di Pulau Pinang. Sedangkan perarakan Maulidur Rasul hanyalah merupakan suatu tradisi dalam negara kita dan ia bukanlah suatu kesalahan dalam agama jika tidak mengadakannya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan urusetia sambutannya ialah JHEAIPP telah mengambil inisiatif baru iaitu dengan mengadakan pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah Di Masjid Negeri pada 27 dan 28 Feb, suatu usaha tulus murni yang ternyata lebih mulia berbanding sambutan perarakan. Namun yang baik itulah dipejamkan mata oleh musuh politik.

Sudah berpuluh tahun sambutan perarakan menjadi tradisi , namun sejauh manakah kesannya ke arah memupuk rasa cinta kepada Baginda Nabi S.A.W.? Apakah iman kita makin kuat selepas berarak? Apakah ilmu kita makin bertambah selepas menyertai perarakan?Kalau ada suatu alternatif lain yang boleh menambah rasa cinta dan sayang pada insan mulia ini, adalah lebih baik alternatif tersebut dilaksanakan.

Namun, kalau dinamakan politik, setiap inci ruang yang boleh mengubah persepsi akan dipergunakan demi kepentingan politik.

Nota kaki:
Terkini, Kerajaan Negeri akan mengadakan kembali perarakan sambutan Maulidur Rasul 2010 menurut arahan yang dikeluarkan oleh YB Exco Agama.
"Tewas pada tekanan walau baru beberapa jam keluar di muka hadapan Utusan Malaysia", tayartubeless.

Thursday, February 11, 2010

Queen Mary 2 from my ofis..

Rugi--rugi



Queen Mary 2 in penang on 4 Feb 2010


By the time aku capture pic nie ... tak tahu la pulak ape gerangan kapal yang besar gedebak nie.., suke-suke je capture..,cuma hari itu memang perasan kapal yang singgah hari itu besar gile berbanding kapal-kapal yang biase singgah di Port Swettenham. Teringat pada waktu itu nak tanya Lebai Google name Queen Mary 2..tapi balik rumah terus lupa.


Perihal di situ..dalam seminggu pasti ade kapal persiaran yang singgah..jarak dari pelabuhan tersebut dengan ofisku plak hanya dalam 150 meter aje...

Rupa-rupanya..keesokannya bace kat paper, ia merupakan antara kapal persiaran terbesar di dunia yang dalam pelayaran mengelilingi dunia untuk tahun 2010. Wahh rugi betul hari tu tak layan betul-betul zoom shot kapal tuh...

Thursday, February 4, 2010

Using different colours in learning is better way to quick understand..

But not for me


Zaman sekolah kita ditekankan oleh guru untuk rajin buat nota-nota dalam bentuk peta minda..peta minda itu pulak bagus kalau digunakan warna yang berbeza-beza untuk mudah faham. Seakan memahami intipati sesuatu dengan hanya mengenali warnanya.
Tapi itu tidak pernah membantu aku.
Contohnya semalam Puan Suhaila menyerahkan satu kalendar aktiviti untuk 2010 yang telah diimprovedkan (malaylish..hahaha) dengan colour-colour yang pelbagai. Pasti membantu bagi mereka.
Tapi kalendar tersebut telah mengusutkan kepala otak aku..kerana satu genetic illness yang diwarisi turun temurun..colour blind.. =p

Nota kaki:

Terima kasih Puan Su kerana mempermudahkan kalendar aktiviti =p

Wednesday, January 27, 2010

Aras ukuran sama untuk semua orang adalah tidak adil...,Perlu rasional dan bertenang..!!

1-"Aduh", tergamam seketika tatkala posting mutakhir di Utusan Online. Lantas beberapa media sesawang favouriteku klik. Berita yang sama.., lunch hour yang sepatutnya dikhususkan untuk merehatkan minda terganggu..Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta bertenang.

2-Beberapa akhbar online lain melaporkan perkara yang sama. 1.32 p.m posting berita tersebut dimasukkan. "Baru lagi". Bercelaru seketika fikiranku memikir isu yang sudah berlarutan masuk minggu ke-4 mula menunjukkan tindak balas kedua-dua pihak.

3-"Sesuatu yang difikirkan tidak mustahil berlaku kini sudah mula berlaku", mengimbas kembali reaksi yang bakal ditonjolkan non-muslim ketika gereja di Desa Melawati dibakar.

4-Sepertimana yang berlaku di Desa Melawati, aku pasti dalang di sebalik peristiwa ini bukanlah penganut Kristian yang betul-betul beragama sepertimana yang terjadi di Desa Melawati dilakukan oleh penganut Islam yang cetek pengetahuan agama atau kemungkinan kering kontang terus. Mendahulukan emosi buta dari akal celik.

Sejam sebelumnya......

"Muhammadun saiyidul kaunaini wassaqalain", lunak alunan lagu Muhammad al-Hasayan dari handphoneku menandakan ada panggilan masuk.

"Cot, hang kat mana?"
"Office"
"Nak mintak tolong sikit"
"Apa dia?"
"Tolong ambik aku kat jeti sat satgi..aku kat jeti butterworth lagi..satgi nak jalan kaki jauh la",
pinta Din.
"Ok"
"15 minit lagi feri sampai", Din memaklumiku.
"Ok, aku tunggu satgi",
aku mengakhiri perbualan.

Tiba di Jeti Feri Pengkalan Uda, awal lagi. Baru 10 minit selepas menerima panggilan telefon dari Din. Mata memerhati melihat gelagat manusia di Stesen Bas Rapid Penang yang berjiran dengan jeti feri..ada yang berjalan tergesa-gesa selepas menuruni keluar dari pejalan kaki dari feri, ada yang mundar mandir terjenguk-jenguk mencari bas untuk dinaiki...keletah pemandu Rapid Penang yang tak kisah orang sekeliling dan gelagat penjual buah menuntut sesuap rezeki.

Tiba-tiba, pandanganku terpahat pada suatu situasi kemanusiaan yang merentasi sempadan agama dan bangsa. Kelihatan seorang anak muda cina memaut lengan seorang buta berbangsa melayu di tengah-tengah keletah pemandu Rapid Penang yang rata-ratanya ialah Melayu..., dia menuntuninya ke destinasi si buta.

Ku amati betul-betul wajah mereka tatkala mereka melintasi di hadapanku. Kagum.., bangsa sendiri tidak kisah si buta teraba-raba..sedangkan mereka leka bergelak ketawa. Si anak muda berbangsa Cina pulak kisah dan simpati dengan nasib si buta berbangsa Melayu.

Pandanganku terus mengekori mereka hinggalah mereka hilang di celah-celah khalayak.

..................................................

Kejadian di dua buah masjid itu ternyata dilakukan oleh orang-orang yang tidak berpelajaran, yang cetek akalnya dan tidak waras emosinya. Berbeza dengan anak muda tersebut pastinya dia seorang yang peka dan prihatin perihal sekeliling ramuan hasil akal dan emosinya yang waras natijah dari latar belakang diri yang berpelajaran mungkin.


Nota kaki:

-Menghukum semua manusia dengan aras ukuran yang sama pasti tidak adil. Setiap etnik dan bangsa pasti ada yang baik dan pasti ada yang kurang ajar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...