Sila masuk

Tuesday, January 26, 2010

Qardawi mengutuk serangan ke atas kristian di Malaysia dan Mesir

23 Jan 2010 - Ketua Kesatuan Ulama’ Islam, Dr. Yusuf Qardawi menempelak peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara penganut-penganut Islam dan Kristian di beberapa negara Arab dan Islam, penyerangan-penyerangan ke atas beberapa gereja sambil menegaskan kebanyakan peristiwa tersebut berlaku adalah berpunca dari kejahilan, bukannya fanatik,merujuk kepada apa yang telah berlaku di Malaysia iaitu penyerangan ke atas beberapa gereja ekoran penggunaan kalimah agung 'Allah' yang dikatakan tidak sepatutnya, sedangkan Allah ialah Tuhan sekalian alam bukanlah tuhan orang-orang Islam sahaja.

Dalam Khutbah Jumaat pada 22 Jan 2010 di Masjid Umar al-Khattab di ibu negara Qatar, Dubai Qardawi telah berkata: "Sesungguhnya peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di antara penganut-penganut Islam dan Kristian di beberapa negara kebanyakannya adalah berpunca dari jahil, bukanlah sikap fanatik. Orang Islam adalah umat yang bertolak ansur, al-Quran telah mengajar mereka bertolak ansur kerana Allah Subhanahu wa Taala telah menciptakan manusia ada yang lebih ada yang kurang".

Beliau meneruskan; " Sekiranya Allah mahu menghimpunkan mereka atas petunjuk, nescaya Allah boleh melakukan, namun Allah berfirman : "Dialah (Tuhan) yang menciptakan kamu, sebahagian kamu kafir dan sebahagian kamu beriman, sekiranya tuhan kamu mahu, nescaya Dia menjadikan kamu satu kumpulan yang tidak akan bertelagah, melainkan orang-orang yang tuhanmu kasihi...". Perbezaan manusia dalam beragama adalah kehendak Allah, tidak mampu seorang pun untuk menentang kehendak Allah dan memaksan manusia supaya kesemua mereka menjadi Islam".

Beliah juga menjelaskan," Perbezaan kepercayaan di antara orang mukmin dan kafir tidak seharusnya memisahkan kami (orang Islam)dan bukan Islam du dunia ini, tetapi yang memisahkannya ialah di hari Akhirat. Sepertimana firman Allah " Sekiranya mereka berbalah dengan kamu, katakanlah Allah lebih mengetahui apa yang kamu lakukan. Allah akan memutuskan pada hari kiamat apa yang kamu perselisihkan di antara kamu, Allah adalah tuhan kami dan tuhan kamu, perbuatan kami adalah urusan kami, perbuatan kamu adalah urusanmu, tiada lagi hujah di antara kami dan kamu, Allahlah yang akan menghimpunkan kita dan kepada kita akan kembali".

Berkaitan peristiwa dan serangan yang berlaku ke atas gereja di Malaysia, Qardawi meneruskan," Pencerobohan yang berlaku ke atas gereja-gereja di Malaysia adalah satu perkara yang tidak patut", sambil mengaitkan punca-punca berlakunya peristiwa tersebut iaitu penggunaan kalimah 'Allah' oleh masyarkat Kristian dalam terjemahan mereka dengan berkata," Saudaraku sekalian, Allah ialah tuhan sekalian alam seluruhnya, tuhan kaum muslimin, kristian, arab dan bukan arab. Mengapakah Allah memulakan mushaf al-Quran selepas bismillah dengan Alhamdulillahi rabbil 'alamin (Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah tuha seluruh alam), dan akhir surah dalam al-Quran ialah Qul a'uzibirabbinnas, malikin nas ( Katakanlah Muhammad,"Aku berlindung dengan Tuhan seluruh manusia, Dia raja sekalian manusia), bukan tuhan orang Islam, tuhan orang arab, raja orang arab, sambil mempersoalkan ," Kenapa orang Malaysia marah sangat??!

Gereja-gereja di Malaysia mengalami beberapa siri serangan sejak mahkamah memutuskan pada Disember lalu bahawa akhbar katolik boleh menggunakan kalimah "Allah" bagi merujuk kepada tuhan bagi orang-orang Kristian dalam penerbitannya dalam Bahasa Melayu yang membentuk 60% dari penduduk Malaysia,manakala sebahagian penganut Islam Malaysia berpendapat cubaan menggunakan kalimah yang ada kaitan dengan Islam adalah merupakan percubaan tersirat untuk mengubah anutan agama mereka.

Nota kaki:
-Sebahagian terjemahan dari teks asal di www.qaradawi.net. Pohon maaf atas serba kekurangan dalam terjemahan.
-Larangan di Malaysia adalah suatu yang berbentuk pentadbiran dan pengurusan bukan suatu larangan mutlak dalam agama berdasarkan ketiadaan dalil qati'e.

Thursday, January 21, 2010

Air mata menitis...


Paklang Bi

1- Beberapa hari lalu tersentak sang perasaan tatkala terbaca di akhbar kisah sang anak meninggalkan bapanya di sebuah perhentian bas.

2- Kebiadaban yang terjadi di Perlis itu, ku ceritakan pada bonda dan ayahanda ketika sama-sama menjamah makan malam. Orang tua itu baru keluar dari Hospital Pulau Pinang. Dia baru sahaja menjalani pembedahan jantung.

3-Kebetulan pula petang itu aku, bonda, ayahanda dan paklang (abangku yang down sindrom) baru pulang dari Hospital P.Pinang. Paklang disahkan mengalami selaput pada matanya.Panjang lebar aku bercerita..menimbulkan keasyikan bonda dan ayahandaku mendengarnya.


4- Suasana terdiam seketika, " Anak kita tak buat kot macam tu ayahnya noo", perlahan bercambur sedu nada bonda mengajukannya pada ayahanda. Aku tersebak mendengarnya, "Ya Allah mak, tak buat macam tu insyaAllah," mengiring bersama hati kecil mendoakan tidak melakukan seperti sang anak di Perlis itu."Kejamnya dia, macam mana dia sanggup buat begitu", getus sang hati.

5- Hari ini.."Ada lagi", "Belasah bapa tak hulur RM1j; Anak Setan", headline Harian Metro untuk hari ini..,"Anak mangsa yang memukul dan meminta wang RM1 juta daripada mangsa sedang menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan di India", petikan. Zaman sudah berubah..nilai ibu dan ayah sudah terhakis di mata sang anak.

6- Rasulullah S.A.W pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua tentang anaknya yang menderhaka seraya berkata, "Wahai Rasulullah, anakku telah ku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku".

7- Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:


"Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang memberimu makan.
Engkau minum juga aku yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,
aku berjaga semalaman.
Kerana sakitmu itu
aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa
dan mencapai cita-citamu.
Kulihat pada dirimu
apa yang tak kuharapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan".

8- Berlinangan mata Rasulullah S.A.W. dengan manik-manik jernih berguguran tatkala mendengar bait-bait syair lelaki tua itu lalu bersabda: " Kamu dan hartamu milik ayahmu".

9- Berdasarkan hadis ini jualah, dibolehkan oleh ibu atau bapa untuk mengambil sesuatu dari anaknya tanpa izin terlebih dahulu berdasarkan kondisi-kondisi seperti di atas.

Wednesday, January 20, 2010

Mengelirukan..?? "Aah..memalukan saja".

1) Sudah 3 minggu berlalu namun masih hangat. Perbincangan terbabit masih ada di mana-mana.

2) Beberapa pagi yang lepas...
"Ustazah, apa pendapat ustazah berkaitan isu nama Allah kalau depa guna?", ajukan pada
pegawai senior.
"Mengelirukanlah", jawabnya ringkas.
"Ustazah pun boleh keliru ke?, Nama pun dah ustazah". persoal hatiku nakal.

3) Mengelirukan jika bukan Islam menggunakan kalimah Allah suatu hujah dangkal yang menunjukkan kepada bukan Islam lemah sangatlah akidah orang Islam hingga mudah sangat dikelirukan. Hai..dari sekolah tadika sampai universiti subjek pendidikan Islam wajib diambil, persoalan keliru masih timbul.

4) Jadi di mana silapnya, kita sendiri yang silap atau bukan Islam. Biiznillah, kalau diletakkan nama Allah dalam rupa mana sekalipun, kalau akidah kita mantap, kefahaman Islam kita jitu pasti tidak mengelirukan dan dapat membezakan yang mana satukah yang berkaitan akidah Islam atau bukan atau sekadar penggunaan bahasa bagi menunjukkan ketinggian seseorang.

5) Untuk suatu perbandingan....

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Yang Maha Mulia adalah salah satu dari nama-nama Allah...terkeliru ke?

Terlalu defensif...segala-galanya ada

1)Umat Islam di Malaysia memperlihatkan mereka sangat defensif dalam menangani isu-isu berkaitan agama ketika ini. Digambarkan kita seperti ketakutan dengan usaha sedaya upaya untuk menafikan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-Catholic. Bahkan macam-macam yang kita ada.

2) Apa yang kita ada dalam negara sedangkan non-muslim tidak ada:
  • Paling besar, termaktub dalam perlembagaan menyebarkan agama lain kepada orang Islam merupakan suatu kesalahan sedang menyebarkan agama Islam kepada bukan Islam bukanlah kesalahan. So, we have credit. Perkara 11 fasal 4.
  • Islam agama rasmi negara. Credit lagi.
  • Agama Islam mempunyai peruntukan yang besar oleh kerajaan mencecah jutaan ringgit. Peruntukan untuk agama lain sangat kecil. credit duit.
  • Kita ada radio Islam (Ikim). TV Islam akan dilancarkan pada maulidur rasul ini. Wooww..wonderful credit.
  • Masjid dan surau pasti ada di setiap ceruk kampung, taman perumahan, pejabat, shoping complex, stesen minyak. We have credit everywhere.
  • Di tv kita ada rancangan-rancangan Islam. Di radio-radio negeri rancangan Islam bukan sedikit.
  • Subjek Pendidikan Islam dan sebagainya dalam sistem pendidikan negara termasuk yang kerajaan ataupun tidak.
  • Biasiswa atau bantuan kerajaan untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan Islam.
  • Courses berkaitan Islam ditawarkan di universiti-universiti tempatan.
  • Tubuh badan Islam hampir lengkap dalam negara dalam kerajaan untuk mengurus hal-hal berkaitan Agama Islam. Jakim (penyelaras), Jabatan Agama Negeri, JKSM dan Jabatan Mufti.
  • (banyak lagi, tak tersenarai di sini. Korang pikirlah sendiri)

3) Jadi, tidak sepatutnya kita terlalu defensif. Dalamilah ilmu pengetahuan dan kuatkan pegangan akidah.

Friday, December 11, 2009

Tak perlu jijik dengan orang yang melakukan dosa dan kesalahan

"Terkilan", itulah detik hatiku tatkala membaca kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Selangor SS Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengulas hasrat Dr. Mohd Asri untuk melakukan kerja dakwah di tempat hiburan. Satu kenyataan yang akan menjauhkan lagi jurang yang sedia ada antara agamawan dan non-agamawan . Beliau menyatakan," ibarat hendak membersihkan tong najis, pastinya kita akan bersihkan tong itu dari luar, sekiranya kita bersihkan dari dalam tentu kita pun akan terkena najis itu".

Saya pasti, orang yang jauh dirinya dari Islam pasti merasakan, mereka disamakan dengan najis oleh seorang mufti. Satu persepsi peribadi yang sepatutnya perlu dielakkan oleh seorang yang memiliki autoriti dalam agama. Kalau kenyataan itu datang dari Pak Mat seorang penoreh getah,pasti tidak mencerminkan apa-apa melainkan kurangnya pengetahuan, pendedahan dan penelitiannya dari aspek uslub dakwah. Dari sisi lain, kenyataan sebegitu menggambarkan beliau Datuk Mufti merasakan betapa eksklusifnya beliau, "tak boleh dekati orang macam tu sebab kita orang agama".

Sememangnya diakui, bukanlah menjadi kesalahan untuk memandang rendah orang yang melakukan dosa kerana kerap kali dalam al-Quran Allah mencerca mereka disebabkan keadaan mereka yang berimamkan nafsu dan kehendak dunia. Namun di sana terdapat satu pandang sisi lain yang boleh diaplikasikan dalam usaha kita untuk mengembalikan mereka kepada jalan yang benar.

Bukankah terdapat hadis Nabi S.A.W. yang menyatakan muslim sesama muslim adalah seperti satu tubuh badan yang satu, yang mana apabila terdapat satu anggota sakit pasti tidak senang satu badan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Walaupun yang sakit itu hanya melibatkan tidak sampai 1 % dari keluasan keseluruhan permukaan kulit seperti nanah atau bisul kecil. Namun mengapakah kesakitan yang teramat sikit itu mampu membantukan urusan kehidupan kita. Tidak lain tidak bukan adalah kerana keakraban disebabkan perkongsian satu tubuh yang sama. Keakraban itulah menyebabkan hati yang menjadi pusat maklumat tubuh badan membisikkan agar bahagian yang yang sakit itu cepat sembuh. "Senang nak hidup".

Keadaan yang sama jugak perlu kita sebagai seorang Muslim harus fahami dengan orang Islam yang suka melakukan dosa. Malam minggunya dihabiskan dengan mengunjungi disco dan kelab malam.Hanya dengan melangkahkan kaki ke dalamnya, pelbagai keseronokan dunia boleh dinikmati. Dari perempuan atau lelaki yang sudah tiada lagi malu yang membatasi pergerakan, kepada pembunuhan yang boleh berpunca dari dalamnya. Semuanya adalah kerana mereka tiada keimanan dan jauh dari Allah. Jadi ke mana harus kita letakkan sifat ihsan, kesian, simpati dan sakit kepada mereka.

Tidak bolehkah kita memahami mafhum hadis tadi dan mengamalkannya dalam situasi seperti ini?

Tidak hanya memahami hadis Nabi S.A.W. tadi dalam konteks kesakitan fizikal bahkan keupayaan memahaminya dalam aspek penderitaan dan kesakitan spritual sesama Muslim merupakan satu bentuk pengenyahan exclusivity yang dinikmati oleh Datuk Mufti Selangar.

Seorang Islam yang beriman dan menghayati hadis Baginda S.A.W. tadi pasti bersimpati dan kasihan akan nasib sesetengah orang yang jauh dari agama kerana mereka ada satu persamaan dan perkongsian iaitu akidah dan iktikad. Ibarat sakit yang terpendam di dalam hati. Sudah pasti inisiatif yang diambil ialah ingin mendekati golongan ini bagi memulihkan mereka kerana kalau hendak tunggu mereka datang ke masjid entah bila kerana kita sendiri tidak menjadi asbab untuk mereka datang masjid.

Kalau kita masih ingat, kewujudan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada awal 1920-an adalah hasil usaha dakwah al-Imam Hasan al-Banna di kelab-kelab malam di pinggir Sungai Nil yang dapat menginsafkan ratusan pemuda yang bergelumang dosa dan menggerakkan mereka menjadi perintis kewujudan Ikhwanul Muslimin. Benarlah orang yang tidak pernah merasai iman, akan terasa manisnya iman berbanding kita yang semenjak awal lahir ialah beriman.

Sekilas memahami, menjalankan kerja dakwah di kelab malam dan pusat hiburan bukanlah kerja mudah berbanding berceramah dan berforum di masjid. Pelbagai bentuk kemungkinan penerimaan pasti diterima berbanding di masjid yang tiada cabaran yang pelbagai. Oleh itu, orang yang mampu melakukan kerja dakwah di kelab-kelab malam atau pusat-pusat hiburan ialah mereka yang betul-betul memiliki jiwa dan semangat yang kental.

Oleh yang demikian, pendekatan yang diambil oleh Dr. Asri dan ahli kumpulan yang dilatihnya untuk turun berdakwah di kelab-kelab malam harus disokong dan golongan-golongan autoriti Agama Islam harus memikirkan pendekatan baru untuk memahamkan Umat dengan agama Allah ini.

Tuesday, December 1, 2009

Masih bernyawa

"Hampir setahun..", getus hati kecilku.
Inilah rupa-rupanya yang disebut pasang surut dalam kehidupan.
1 Januari adalah kali terakhir aku postkan sesuatu ke blog ini, kini usia 2009 tinggal 30 hari sahaja lagi. Aku ternyata mengulangi sesuatu kekurangan yang pernah dilakukan. Blogging dan kemudian mengabaikan. Seakan rumah usang yang bilamana ditinggalkan manusia,blog ini dihuni oleh syaitan kebosanan yang menyampahkan si empunya.

Kini, Hutan Batu telah hampir 3 bulan ku tinggalkan. Mendiami suatu kawasan baru, mengajar ku erti permulaan untuk hidup. Tempoh 5 tahun menjadi antara duri-duri dan madu-madu di Hutan Madu ternyata memberiku pelajaran bangun dan jatuh, suka dan duka, gelak dan tanggis serta leka dan insaf.

Kini kehidupan tidak lagi dilingkari batu-batu konkrit, debu-debu jalan dan hadaman jiwa kesesakan traffic, yang ada sekarang ialah hirupan udara masin dari Lautan Selat Melaka di sebuah The City of The World Heritage Building, Pulau Pinang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...